December 26, 2011

Setahun Sebulan ='(

Views
Assalamualikum dan Selamat Sejahtera kepada yang datang menjenguk. =') *terharuu kejap


Hari ni hari Isnin, bersamaan dengan....
26 Disember 2011


Tarikh apa neh? Erkk! Okey, hari neh genap SETAHUN and SEBULAN arwah Iman pergi tinggalkan aku. Selalu, setiap hari ada jeh handphone aku berbunyi. Setiap waktu subuh ada jeh yang gerakkan aku Solat Subuh. Setiap pagi ada jeh yang kejutkan aku bangun tidur. Tapi, sekarang semua tu dah takde lagi. Sunyi rasa hari hari aku lepas pemergian arwah.

Hurmm~ Dah setahun lebih pun arwah pergi tinggalkan dunia neh, tinggalkan keluarga, tinggalkan kawan-kawan dan tinggalkan aku. Aku rasa macam baru semalam aku bergembira, bergelak ketawa dengan arwah. Rasa macam semalam baru aku marah marah arwah bila arwah nakal. ='( Setahun sebulan berlalu, hanya sekali aku dapat jejakkan kaki ke pusara arwah. Ya Allah! Betapa jahatnya akuu. ='(

Kenapa lah kita di takdirkan berjauhan kan sayang? Kalau kita dekat, hari hari pun aku sanggup ziarah pusara kau. Hari hari pun aku sudi untuk siram pusara kau. ='( Kalau boleh, aku nak jadi peneman setia kau. Tapi, semua tu takmungkin terjadi kan sayang? Sebab sejak dari dulu lagi yang kita memang pasangan jauh. ='( Ya Allah! Pertemukanlah aku dengannya, Allahyarham Noor Iman. (T__T)


Ku rindu kasih sayangmu,
Kau pergi tinggalkan ku,
Masih adakah di hati ini,
Kau bilang ku mutiara hati.

Ku ingin berjumpa denganmu,
Iman telah menghadap ilahi,
Biarkanlah hanya dalam mimpi,
Tuk menghapus semua rinduku.

Ya Allah....
Berikanlah aku teman berhati mulia,
Sebagai ganti dia yang pergi,
Untuk membimbing mencucuri hidupku.


#Ya Allah, sekiranya telah tercatat bukan Iman jodoh ku. Kau pertemukan lah aku dengan insan yang berhati mulia sepertinya. Dan sekiranya Iman telah tercatat dia adalah jodoh ku, maka dengan itu tidak ada sesiapa pun yang boleh menggantikan tempatnya di hati ku. Melainkan dengan keredhaan-MU. Buka lah hati ku agar aku boleh menerima SI DIA seperti mana aku menerima arwah Iman seadaanya dulu. Amin~ ='(

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

December 11, 2011

Semakin berhasil =') *ALHAMDULILLAH

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua Blogger =')

Untuk semester pertama, Tya mengambil lima subjek. Syukur Alhamdulillah Tya telah mendapat 2 A dan 3 B dalam setiap subjek yang di ambil. Dan Alhamdulillah juga kerana Tya telah berjaya merangkul pointer sebanyak 3.27 point untuk DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK. Syukur kehadrat ilahi. Walaupun takmencapai presidentlist, tapi Tya tetap bersyukur. :)

Sekarang, masuk semester dua. Tya mengambil lima subjek juga. InsyaAllah untuk semester neh Tya akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai pointer 4.00 flat. Doakan Tya yee. :) Untuk semester neh Tya belajar subjek photoshop yang amat amatlah memeningkan kepala. =,=" Sumpah taktahu macam mana nak guna photoshop nehh. *bukan makanan Tya =,=

Setelah beberapa hari mempelajarinya, Alhamdulillah Tya makin mahir dalam penggunaan tools dan sebagainya di photoshoop. Kalau dulu, masa zaman semester satu, assingment menggunakan adobe illustration semua kawan baik yang tolong buatkan. But now untuk semester dua neh, Tya berjaya buat assingment and amali sendiri. Jyeahh! Good job Tya! :D

See see, Tya jadi model kat billbord tuu lahhh. Model mempromotekan Pulau Pangkor. Haha. :D Excely, sebenarnya Tya edit guna photoshop jehh benda nehh. Neh sebenarnya amali Tya. Acano? Untuk permulaan belajar okee tak hasil tangan Tya? :) *yee, memey Tya takhebat macam korang lahh. Tapi yang penting Tya ada usaha. :)

Neh pula hasil kerja Tya menggunakan ADJUSTMENT. Nampak kan perubahan gambanya? Sorrylahh memey lah takcantik sebab Tya masih bodoh bodoh lagi dalam photoshop neh. InsyaAllah Tya akan belajar lagi. :)


Empat gambar yang atas neh pula Tya edit guna TRANSFORM. Bezanya cuma gamba tu di tuka sikit lahh. Macam mana nak terangkan pun Tya taktahu. Haha. :D Tengok aje lahh yeee. :)

So, amacam? Okee tak hasil kerja Tya yang simple lagi buruk neh untuk permulaan? Alhamdullilah lah dari taktahu apa apa sekarang Tya dah boleh juga buat benda benda neh semua. :) Thanks too Lecturer Tya yang juga merangkap MENTOR Tya di kolej, Sir Syafiq yang telah banyak mengajar Tya dan semua rakan rakan yang lain. Taklupa juga thanks kepada rakan rakan Tya yang selalu membantu. Jasa baik anda tetap Tya kenang hingga akhir hayat. *ecehh ayatt~ Haha. :D


Okee, sekian terima kasih lahh sebab sudi juga baca entry bodoh bodoh nehh. Muuuahhx sikit? :* Okebyeee :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Missing youuu Too, Dear ♥

Views

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Para Blogwalker Sekalian :) *ecehhh skema =p





Siapa neh FAFA SHUFFIQS neh?
Erkk! Yang mana satu orangnya? Mana satu gambar dye Tya?
Ada dua orang dalam gambar kat atas nehh. Mana satu nehh ehh?
Dua dua comel comel pluss lawa lawa neh. Ehh! Tetibaa geram pulaaa :)
Erkk! Apalahhh bertubi tubi soalan nehh. =,="
Oke kalau nak tahu siapa dye, sila lahh tekan di nama tersebut untuk korang tahu yang mana satu tuan punya nama FAFA tuu yeee. :)

Kenapa tetiba update pasal dye neh? Lessy kehh? =,="
Erkk! No lahhh! Jangan salah faham yee korang semua.
Tya perempuan tulin. Ecehhh~ :D And dye punn sama okeee! :)
Excely, update pasal Fafa neh sebab Fafa kata dye rindu Tya wooo~
Heeeee~ Untung lahhh ada orang rindu iteww :) *kau ada? :D

Fafa kata dye dah jarang borak dengan Tya lahh.
Erkk! Itulahh, Tya punn rasa gituuu lahh Fafa. :( *sedih tetibaa.
Sorry my dear friend cuz jarang borak and jarang bertegur sebab iteww neh pemalu. Hikhok~ :D
But, don't worry be happy baby, i takpernah lupaa youu punn okee? :)
Kadang kadang rajin juga stalker facebook you and blog you. :)
Serious mehhh taktipu punyaaa tauuu! :) *ecehhh terharu letewwww :p

Okee lastly, ehemmm! Iteww punnn rindu awak lahhh Cik Fafa :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

November 25, 2011

♥ 26NOVEMBER2010, 5:11PM ='( ♥

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Si Kacakss and Si Cantiks :)

First of all's maafkan aku sekiranya entry aku pada hari neh menyentuh perasaan mana mana belah pihak. Ini cuma luahan hati aku. Dan aku menyusun sepuluh jari kepada yang berkenaan dalam entry aku kali neh. Maafkan aku juga sekiranya aku terlanjur kata dalam entry neh.

Always In Memory

Allahyarham Muhammad Noor Iman
29Jun1993 until 26November2010
Jumaat, 5:11PM

AL-FATIHAH

Mungkin pada sesiapa yang selalu blogwalking kat sini tahu tentang kisah hidup aku sebelum neh. Bagi sesiapa yang belum tahu, jemput singgah di entry yang lepas lepas yee.
Okee, semua neh entry yang pernah aku post untuk arwah. Hope korang sudi click and baca keyy. *ini bukan cerita palsu

B, hari neh genap setahun B pergi tinggalkan baby. B tinggalkan ibu, adik, nenek and semua yang mengenali B. Kami semua merinduimu sayang. ='( Maafkan baby sebab sampai sekarang baby masih takdapat ziarah pusara B buat kali kedua. Bukan bermakna baby lupa kat B. Baby harap B faham yang kita berjauhan.

Sejak dua tiga harineh, mata baby selalu gerak gerak B, baby taktahu kenapa. Mungkin sebab baby kena hadapi untuk harineh setahun hidup tanpa B. B, baby tengah sakit now. Tangan kaki semua bengkak bengkak sebab main sukan tempoh hari kat kolej. :'( Mana B pergi nehh? Baby nak ngadu kesakitan baby nehh kat B. Cepatlah bangun B! Sampai hati B tidur sampai takhiraukan baby? ='( Sedarlah B! Baby perlukan B!

B, baby rindukan gelak tawa B yang dulu. Baby rindukan usikan manja B. Baby rindukan panggilan manja dari B. Baby rindukan segalanya pada B! Bangkitlahh sayang! Untuk baby dan untuk hubungan kita yang pernah terjalin sejak 2009 yang lalu. Dulu B selalu ada untuk baby. Dulu B selalu buat baby gembira. Tapi, now mana B? Kenapa B dah takbuat baby gembira lagi? Kenapa B buat baby sedih dan terus sedih mengalirkan air mata? Siapa nak ganti air mata baby? Siapa B? ='(Sampai hati B tipu baby? Dulu B kata B tak akan pergi tinggalkan baby? Dulu B kata B nak jaga baby? Tapi mana semua tuu B? Kenapa B tipu baby? Baby perlukan B! Kembalilah pada baby!!!! (T__T)

Setahun berlalu, baby masih takdapat melupakan segala kenangan pahit dan manis kita. Maafkan baby kerana selalu menyakiti B di sana. Baby betul betul rindukan B. Baby mohon sayang, datang lah berjumpa dengan baby walapun seketika. Baby rindukan senyuman manis B. :'( B, sebagaimana B sayang dan cintakan baby sehingga akhir nafas B, sebanyak itulah baby sayang dan cintakan B hingga nafas terakhir baby malah, baby mahukan lebih dari itu. Baby harap B tahu isi hati baby. Walau baby punya "WARNA WARNI" baru, baby tetap sayang, rindu dan cintakan B sepenuh hati baby! Dan itu tak akan pernah berubah sampai baby mati.

KAU hadir memberi seribu makna buat diriku,
KAU pergi meninggalkan sejuta kenangan manis untukku.
KAU ilhamku!
KAU segala-galanya untuk diriku.

AKU RINDU + SAYANG + CINTA KAMU
♥ Allahyarham Muhammad Noor Iman ♥

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

November 06, 2011

Takbir Bergema Tanda Aidiladha .

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Haii si cantik dan si handsome semua . :)

TAKBIR BERGEMA TANDA AIDILADHA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi Tya bersama korang semua menyambut bulan yang penuh mulia ni, iaitu bulan menunaikan Ibadah Haji dan Korban bagi semua Umat Islam. Walaupun masih tidak mampu untuk menunaikan Haji, tapi Tya masih rasa bersyukur kerana dapat melihat Umat Islam yang lain selamat pergi menunaikan Haji.

Sekarang cukuplah sekadar Tya ingin membantu emak ayah untuk menunaikan Haji dan Umrah. InsyaAllah, jika di panjangkan umur sampailah Tya di sana. Dahulukan emak dan ayah adalah lebih utama bagi diri seorang anak seperti Tya. InsyaAllah, jika di panjangkan usia dan di murahkan rezeki sampailah emak ayah Tya ke sana. InsyaAllah.

"Lembu menangis,
Kambing mengembek,
Unta melalak,
Takbir bergema dah malam hari,
Itu lah tanda RAYA HAJI dah nak menjelma.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)"

Dua tahun bersama arwah boyfie tersayang, tahun ni seperti Raya Aidilfitri Tya tidak dapat lagi menyambut Hari Raya Korban dengan arwah Iman. Tya tidak dapat ucapan istimewa darinya. Hanya ucapan tahun lepas yang menjadi kenangan buat Tya. Semoga arwah tenang di sisi Allah SWT.

Salam takziah juga Tya ucapkan kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga. Salam takziah Tya tujukan kepada rakan sekolej Tya, Badrul yang telah kehilangan ibundanya yang tercinta. Moga dia kuat menjalani ujian Allah ini. Dan salam takziah juga Tya ucapkan kepada jiran Tya atas pemergian ayahnya. Moga Allahyarham Pak cik Mohamed dan Allahyarhamah Mak Cik Siti Zubaidah di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

October 28, 2011

Curiga dalam perhubungan =,="

Views
♥ Assalamualaikum dan haii haii si comel-II belaka . Selamat Datang and Enjoy your reading here ~

Hari nehh Tya nak buat satu entry yang mungkin korang semua pernah rasa apa yang Tya rasa . Atau mungkin Tya sendiri jeh yang rasa benda nehh . So , kalau nak tahu teruskan membaca . Any komen , sila tinggalkan jehh kat bawah keyy . Tya sudi membacanyaa . Maceh . =')


CURIGA DALAM PERHUBUNGAN ?

Pernah tak korang rasa curiga dalam setiap perhubungan korang dengan bf/gf korang ?


Macam Tya , Tya selalu rasa curiga dengan orang tersayang . Kenapa ehh ? Adakah nehh sebab si dye berjauhan dengan Tya ? Habis kalau si dye dekat dengan Tya , Tya tak curiga ? Macam tuu ? Arghhh ! Pening ! Macam mana nak hadapi situasi macam nehh ekkk ? Adakah sebab Tya kurang kepercayaan pada si dye ? Tapi kenapa ? And kalau Tya percayakan si dye , macam mana kalau si dye sia-II kan kepercayaan Tya ? My God ! Susahnyaaaa nak hadap semua nehhhh ... ! =,=" . Situasi yang selalu bermain di fikiran Tya :

  • MULUT KATA PERCAYA TAPI HATI BERPRASANGKA BURUK
Setiap apa yang di katakan si dye , hanya mulut Tya jeh kata " okee laa saya percaya awak ! sorry kalau saya fikir yang tak baik kat diri awak . Saya jadi macam neh sebab saya terlalu sayangkan awak . Sorry sangat-II yeee ." Macam mana nak hadapi benda nehh ? Tya selalu terfikirkan nyaa . Kalau kita percayakan si dye , tapi macam mana pulaa kalau kita dah percaya si dye tipu kita bulat-II belakang kita ?

  • PERCAYA APA YANG DI KATAKAN SI DYE
Bila dah percaya si dye sia-II kan kepercayaan kita pada si dye macam mana ? Hati kuat kata yang si dye takpernah jujur dengan kita . Tapi di sebabkan kita sayangkan si dye , kita jaga hati kita sendiri . Berpura-II untuk percayakan semua kata-II si dye . Perlu keh buat semua tuu ?

  • BILA PERCAYA DI KATANYA KITA BODOH
Bila kita percayakan si dye , di katanya kita bodoh . Cepat percaya orang . Nampak sangat senang kena tipu . =,=" . Tapi , ada tak si dye fikir kenapa kita sanggup buat macam tuu ? Kenapa kita sanggup tahan hati kita dari rasa sakit ? Kenapa kita sanggup tipu hati kita sendiri ? Semua tu semata-II untuk si dye yang kita sayang !

  • APA YANG PERLU BUAT UNTUK MASALAH SEPERTI NEHH ?
Ada sesiapa yang pakar dalam bab cintan cintun ? I need your help ! Apa yang perlu Tya buat untuk hadap benda nehh ? Perlu kehh terus-terusan tipu diri sendiri semata-II kerana si dye ? Atau jujur dengan si dye apa yang selama nehh kita rasa ? Tapi , tak kehh kita sakitkan hati si dye ? Kata orang , biar hati kita sakit jangan hati orang yang kita sayang sakit . Argghhhhhhhh ! So , macam mana nehhhh ???? =,="


  1. Tya taktahu apa yang cuba Tya sampaikan dalam entry nehh . Bagi sesiapa yang faham , tolong beri pendapat . Apa yang perlu Tya buat bagi menghadapi masalah nehh . Terima Kasih bagi sesiapa yang sudi luangkan masa di sini and Terima Kasih bagi sesiapa yang sudi menghulurkan pendapat .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

October 27, 2011

♥ Memory with Maya ♥

Views
♥ Assalamualaikum dan haiii haii si comel-II sekalian

Malam neh nak update satu lagi entry yang takseberapa . Title " Memory with Maya " . Siapa Maya ? Okee ! Maya is my lovely nephew . Kelmarin (25Oktober2011) , Maya tinggal bersama opah Maya kat rumah Maksu . Mula-II Maya taknak tinggal rumah Maksu . Maya kata Maya suka duduk hotel . =,= . Takpelaa Maya , Maksu tahu Maya taksuka duduk rumah Maksu . ='( . Sepanjang Maya kat rumah Maksu , Maya banyak arah Maksu . Maya suruh Maksu kejut Opah dari tidur sebab dah masuk waktu Asar . Maya bercakap takberhenti . Maksu penat sebenarnya . Tapi , Maksu sabar . Maksu sayang Maya . Maksu layankan jehh . Lepas Opah dah bangun , Maya suruh Opah Solat . Haaaa good baby ! :) . Lepastu , Maya ajak Maksu yang kepenatan melayan Maya neh Solat . Maksu pun kata okee jumm . :) . Maksu ingat Maya main-II . Dalam fikiran Maksu , betul keh budak nehh . Pandai kehh dye Solat . =,=" . Then , Maya ikut Maksu masuk toilet . Maksu buka air tiba-II Maya amek wuduk depan mata Maksu . Wow ! Sumpah Maksu terkejut . Pandainyaa anak buah Maksu amek wuduk ! @_@ . Then , lepas Maya , giliran Maksu pulaa amek wuduk . Maya tunggu Maksu . So sweet . :) . Lepastu , Maya suruh Maksu bentangkan Sejadah untuk Maya . Maya minta Maksu telekung . Maksu pun minta kat Opah Maya telekung . Then Opah bagi Maya telekung . Lepastu Maksu pakaikan Maya telekung . Then , Maya pun Solat Asar . Maksu duduk kat belakang tunggu giliran . Walaupun Maya Solat Asar tanpa rukuk and cuma dua rakaat , tapi Maksu bangga dengan Maya . Lepas Maya habis Solat Maya duduk memanjangkan kaki untuk berdoa .

Nehh bingkisan dari gamba Maya masa tengah Solat

.Maya duduk antara dua sujud.

.Maya berdoa sesudah Solat Asar.

Semalam (26Oktober2011) , hari last Maya duduk rumah Maksu . Petang pukul 5.30PM Maya dah nak bertolak balik Perak . Pagi tuu Maya bangun dulu dari Maksu . Maya kejut Maksu tidur tapi Maksu buat bodo jehh . Haha . Sorry sayang Maksu ngantok laa Maya . Maya bagitahu Mak Long , Maya kata Maya dah kejut Maksu tapi Maksu takbangun kan ? Alololo kesiannya laaa anak sedara Maksu nehhh . * sorry Maya . =') Lepastu , dalam pukul 9 lebih Mak Long kejut Maksu ajak pergi KLCC . Kononnya nak bawa Maya jalan-II naik keretapi sebab Maya suka naik keretapi kan . Jakun sangat kannn . Haha =D . Lepastu , Opah mandikan Maya . Maya semangat sangat nak keluaa jalan-II dengan Mak Long and Maksu . ^_^ . Happy hati Maksu sebab dapat tengok anak sedara Maksu happy . Tup tap tup tap , dah siap semua bagai . Dalam pukul 11.40PM macam tuu kita semua berangkat kelua . Maksu pakaikan kasut Maya . Maksu suruh Maya byebye dekat opah . " byebye opah , Maya pergi dulu . tunggu Maya balik yee . " Maya pun ikut apa yang Maksu cakap . So cute ! Maya memang anak sedara Maksu yang paling pandai . Maksu bangga ada anak sedara macam Maya ! =') . Jalan-II , baru sampai kat bawah rumah Maksu dah tanya Maya penat tak . Then Maya kata tak . Alahh kuatnyaa Maya ! Sepanjang perjalanan Maksu taklepas dari tanya , "Maya penat keh" . And jawapan Maya tetap sama . Tak tak tak . =,=" . Sampai kat LRT Bangsar Maya nak cari kerusi . Maya nak duduk . Nampak sangat Maya penat . Tapi Maya taknak mengaku . Pandai Maya jaga hati Maksu dengan Mak Long kann . ='( Sementara tunggu LRT Maya suruh amek gamba . Then , Mak Long pun keluakan kamera .


♥ Bingkisan gamba Maya dengan Maksu kat LRT Bangsar


Tunggu punya tunggu , LRT pun sampai . Lepastu Maya , Mak Long and Maksu pun naik . Dalam LRT Maya bising sangat . Jerit-II . Tunjuk itu ini . Sebab Maya takpernah naik lagi kan . Baru kali kedua Maya naik kan . So , Maksu layankan jeh laaa . Setiap kali LRT berhenti Maya mesti bising . Maya cakap " Haaaa , benti dahhh . Orang nak keluaa . Orang lain pula nak masuk . " Yeee Maksu tahu anak sedara Maksu memang bijak . =') Sepanjang perjalanan Maya langsung takduduk diam . Orang semua pandang-II Maya . Haishhh malu Maksu . Dah macam anak sendiri pula Maksu jaga Maya nehh . =,=" . Sampai jeh kat KLCC Maksu tanya lagi Maya penat tak . Maya cakap tak jugaa . Hadoii budak nehh kuat tipu laaa . =,=" . Then , Maya nampak kereta mainan bergerak . Maya nak naik . Tapi ada orang naik pulaa . Then , lepastu orang tuu bangun Maya cepat-II naik . Tapi , lepas dah masuk duit kereta tuu takbolee jalan pulaa . Kesian Maya . ='( . Lepastu jalan-II . Bawak Maya tengok air pancut . Maya kata nak mandi . Eh ! itu air pancut laaa Maya . Mana bole mandi . Apalaaa . =,=" . Ohh yeee ! Sepanjang perjalanan Maksu kena jadi bibik Maya . Payungkan Maya sebab Maya takbole kena panas . =,=" . Saba jelaa . * Nasib baik aku sayang kau . Lepastu bawa Maya pergi swimming . Maya nak mandi sangat . So Maksu dengan Mak Long bagi laa Maya mandi . Happy sangat Maya time tu . Sebab Maya seksi , ada pakwe yang nak dekat dengan Maya . Haha . =D

♥ Bingkisan gamba Maya mandi


Okee dah ! Dua cukup yee . Selebihnya tenguk kat album facebook Tya yee . Macehhh ♥ Click sini ==> ALBUM MAYA =')

Lepas puas mandi manda , lepas habis basah lenjun baju Maksu =,=" Maya nak main taman pulaa . Haishhh ! Maksu sakit perut laa Maya . Jum laa balik . Kesian la kat Maksu nehh . ='( . Dalam hati Maya , " Ada aku kesah ? " . errr ! Okee Malas nak cerita panjang . Lepas Maya puas hati baru lahhh bergerak dari taman tuu . Tapi , tak terus balik . Maya nak makan ayam pulaa . Adoii ! Kena bawa Maya makan MCD . Maksu suap Maya makan . Perhh ! Ayam dye besttt ! Tapi Maksu hanya mampu cubit sikit-II sebab ayam tuu ayam Maya . Mak Long belikan Maksu burger jehh . =,=" . Habis makan semua gerak balik . Dalam masa nak balik tu Maya nak makan aiskrim pulaa . Jenuh carikan Maya aiskrim . Nak belikan cup tapi Maya taknak . Nak CORNETTO jugaa . Haishhh ! =,=" . Baju dah laa putih . Habis kotor baju Maya . So , terpaksa laa Maksu yang suapkan Maya . Orang semua pelik tengok Maksu , muda-II dah ada anak . =,=" Errr ! Nehh anak sedara aku laa . Dalam LRT orang ramai prihatin kan Maksu yang takdapat tempat duduk terpaksa pangku Maya duduk kat bawah sambil suapkan Maya aiskrim . * aku buat muka tebal duduk cangkung kat bawah =,=" . Then , ada dua orang lelaki baik hati bangun bagi Maksu duduk . Then , Maksu takduduk tapi Maksu bagi Maya yang duduk . Tapi , Maya nak berdiri sebab nak tengok pemandangan luar . Tapi Maksu takbagi . Maksu suruh Maya habiskan aiskrim Maya dulu baru Maya bole berdiri . Suap punya suap , akhirnya habis jugaa aiskrim Maya . Lepastu baru laa Maya bole berdiri atas kerusi . Orang semua tenguk jeh kitaa . =,=" . Sampai jeh kat Bangsar kita pun keluaaa utk balik . Hujan pula masa nak balik tu . Nasib baik Maksu dengan Mak Long bawa payung . Then , Maksu payungkan Maya . Tapi Maya nak pegang payung sendiri . So , Maksu pun bagi lahh . Jalan punya jalan then sampai kat rumah . Sampai jehh kat rumah Maya takrehat . Maya boleh bantai main teddy bear Mak Long . Ya Allah ! Memang tak kenal erti penat laa budak nehh . =,="


Tiba saat Maya nak balik Perak . Maya happy sangat sebab nak naik keretapi lagi . Siap bergambaa bagai . Nampak sangat wajah Maya yang penuh dengan kegembiraan . Happynya Maksu tengok Maya . ^^ . Then , keretapi Maya pun dah sampai . Maksu , Ibu Maya and Opah Are hanta Maya dgn Opah naik keretapi . Maksu sempat amek gamba Maya gembira dalam keretapi . Nehh gamba comel Maya masa dalam keretapi .


Lepastu , Maksu terus keluaa . Amek gamba Maya dari luar pulaa . Then , Maya dok tanya banyak kali " Maksu mana ? " . Lepastu Maya nampak Maksu kat luar . Maya suka sangat . :) . Lama sikit Maya suruh Maksu masuk tapi Maksu geleng kepala . Baba Maya call nak cakap dengan Maya tapi Maya taknak . Ibu Maya panggil Maya nak salam Maya tapi Maya taknak . Maya tetap berdegil nak Maksu masuk . Puas Maya jerit . Tapi Maksu takmasuk jugaa . Maafkan Maksu Maya . Maksu takdapat ikut Maya balik . ='( . Then , Maksu nampak air mata Maya bertakung . Dengan taksengaja , air mata Maksu pun mengalir . Maksu taksanggup berpisah dengan Maya . Maksu belum puas jalan-II dengan Maya . ='( . Maksu rindukan Maya ='( . Nehh gamba Maya yang sempat Maksu amek dari luar .


.muka cebek Maya baru lepas nanges.

.Maya suruh Maksu masuk dalam keretapi ='(.

Gamba Maya buat muka cebek . Gamba Maya nanges semuaa . =') . Maya comel sangat ! And petang tadi Maksu dapat dengar suara Maya . Comelnyaaa ! Maksu tanya Maya takrindu Maksu kehh , Maya cakap Maya rindu Maksu . Maksu tanya lagi bilaa Maya nak datang rumah Maksu lagi , Maya cakap pukul 4 . * padahal time tuu dah pukul 6 . =,=" . Haiii budak-II , Takpee Maksu faham . ^^ . Lepas habis cakap dengan Maya , tiba-II air mata Maksu mengalir . Maksu rindukan Maya !!!! Neh bingkisan dari air mata seorang Maksu yang merindukan anak sedara tersayang . ='(

.Maksu nanges lepas dengar suara Maya ='(.

Maksu sayang Maya sangat-II !!
Maksu rindu Maya !!


Lot's Of Love :
Maksu

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

♥ Nyawa KakTira & MakSu ♥

Views
♥ Assalamualaikum dan Haii haiii si comel-II sekalian *Atototo , kembang letewwww ;-')

Hari ni Tya nak update sikit pasal nyawa Tya . Siapa ? Haaaa nehh dye mereka si nyawa Tya . :)

♥ ALYA QISTINA

  • Alya Qistina
  • Anak sedara Tya yang paling sulung keluarga sebelah abah .
  • Comel lagi cute .
  • Takberapa ingat usia-nya .
  • Acu Tira nama panggilan Tya oleh Alya

♥ ILMAM IDRAKI

  • Ilmam Idraki
  • Anak sedara Tya nombor dua keluarga sebelah abah .
  • Comel | Cute | Tembam | Putih melepak .
  • Takberapa ingat usia-nya .
  • Acu Tira nama panggilan Tya oleh Ilmam ♥

♥ AMMAR ♥

  • Ammar
  • Adik sedara Tya paling bongsu .
  • Takberapa ingat usia-nya .
  • Si comel | Si nakal | Hyper-active punya budak .
  • Kak Tira nama panggilan Tya oleh Ammar ♥

♥ MAYA ♥

  • Maya
  • Anak sedara sebelah Mak .
  • Berusia 3tahun tapi perasan dye 4tahun . =D
  • Comel | Hyper-active | Manja | Sensitive Person
  • MakSu nama panggilan Tya oleh Maya

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

October 22, 2011

My All Star Life ♥

Views
Selamat Semua :)

My all star life ? Semua BINTANG KEHIDUPAN saya ^^ .

Bermula dengan memperkenalkan tuan punya blog , iaitu Tya :)

Tanggal 29September199# lahirnya aku , yang di kenali sebagai Nurul Athirah puteri bongsu kepada Encik Saleh dan Puan Midah . #takperlu tahu nama penuh mak bapak aku . Mulanya aku melihat dunia pada tarikh itu dan aku mula mengenali erti kehidupan . Ternyata kehidupan ini sangat indah . Dengan adanya alam sekeliling dan segalanya ciptaan yang maha Esa . Aku di lahirkan di Hospital Besar , Kuala Lumpur . And aku merupakan anak KL . :) . Seorang yang periang . Seorang yang lemah tapi taklembut . Seorang yang berhati keras . Seorang yang penyayang dan mungkin juga seorang yang penyabar . Jujur pada diri dan jujur pada semuanya itu lah aku . Aku mungkin kecil tapi semangat aku kuat ! Aku juga merupakan seorang yang panas baran dan keras kepala . And paling penting aku salah satunya perempuan yang sangat menyakitkan hati . Sebab ? #aku kuat cemburu =,=" . Kenali aku lebih lanjut di laman sosial facebook ku , Eyyman Carelink | Eyyman Carelink II dan Tya Athirah .

Di teruskan dengan Cinta Hati aku , Allahyarham Noor Iman :)

Lahirnya si comel neh pada 29Jun199# . Putera sulung kepada ibu Normah . Di kenal sebagai Eiman . Seorang yang periang . Seorang yang penyayang . Seorang yang kuat semangat . Itu lah dia cinta hati aku . Mula mengenalinya di laman sosial myspace . Dan mula berjejak kasih pada 23Julai2009 dan hingga ke hari ini aku masih menyintainya walau dye kini jauh di mata aku . Tanggal 26November2010 , telah kembalinya dye kepada yang maha berkuasa . Semoga rohnya di cucuri rahmat . Al-Fatihah ~

Di teruskan lagi dengan sahabat karib aku dunia akhirat , Mohd Dan

Mohd Dan , sahabat aku dunia akhirat . Selalu buat aku gembira . Selalu hiburkan hati aku yang dalam duka . Seorang yang periang . Kaki nganjing . Haha . =D Dye suka perli aku , aku suka perli dye . Haha . Kami kawan yang suka bahan membahan . =D . Suka mengusik dan sebagainya . Peneman aku ketika aku di Johor Bahru dulu . ^^ . Apa punn aku happy kenal dengan dye . Status dye aku takpasti apa . Kalau nak kepastian sila berhubung dengan tuan punya badan di laman sosial facebooknya , Mohd Dan . :)

Seterusnya di lanjutkan lagi dengan beloved cousin aku , Mira Rosli :)

Mira Rosli , satu satunya cousin aku yang paling aku sayang . Rapat hingga takbole di pisahkan . Seorang yang gila-II . Seorang yang ngokngek . Haha . Suka mengacau aku . Dye faham aku . Selalu berkongsi cerita dengan dye bila balik kampung . Lahir pada bulan September yang sama dengan aku . Oink oink ^^ . Kenali dye di laman sosial facebooknya , Mira Rosli dan jemput lah BW ke blog dye , MiraBlog . :)

Teruskan dengan adik aku yang paling comel , Adik Idzham :)

Muhammad Noor Idzham , adik kepada Allahyarham Muhammad Noor Iman . Adik aku yang paling comel . Hormat orang tua . Seorang yang nakal dan degil . Haha . Suka merepek meraban dengan bahasa JB nya . =,=" . Budak kurang garam sebab dye kata aku kurang gula . Errr ! Apalaa budak nehh . =,=" . Okee yang di dokongnya tuu bernama Aleesya anak kepada Mak Su . Dua dua comel kan ? Okee takpayah cakap memang aku dah tahu . =) . Nak berkenalan dengan adik aku ? Sila bertanya dengan tuan empunya badan di laman sosial facebooknya yee , AdikIdzham :)

______________________________________________________________________

Seterusnya , All My Star di teruskan lagi dengan dunia keluarga aku di Kolej :)

♥ Aku bersama Mama Ada

Mama aku dan tiga orang lagi adik beradik ku . Seorang yang gila . Suka menjerit dan suka gelak yang takreti nak cover . =,=" . Memiliki volume suara yang tidak terkata kuatnya . Suka bercerita tetapi tidak focus bila mendegar cerita . Haha #maaf =D . Status dye masih janda . HAHA . =D

♥ Aku bersama KakLong Zaty

Kakak aku di kolej yang paling sulung sebab antara kami berempat dye yang lahir dulu . :) . Tapi , perangai dye memang taknampak macam anak paling sulung . Tersangat kebudak-budakkan . =D . Suka ketawa terbahak-II . Suka sendawa takingat dunia . Suka jadi seperti orang gila . Suka menyanyi plus memekak . Haha . =D . Memiliki suara yang sedap lagi merdu . Itu lahh dye Zaty Fiorucci girlfriend kepada Mat Kelate , Nick =) . Enjoy berkawan dengan dye ! ^^

♥ Aku bersama KakNgah Qila

Kakak yang paling rapat dengan aku . Yang paling masuk kepala dengan aku . Memiliki sikap yang gila-II . Suka mengambil keputusan terburu-II . Suka kelam kabut dan sebagainya . Lahir pada bulan September dan merupakan kakak yang tua sehari dari aku . Sebab ? Dye lahir 28September , aku lahir 29September . =) . So , taksah lagi kalau aku kata yang memang kami tersangat lah rapat . Apa yang ada dalam kepala otak aku sama dengan apa yang ada dalam fikiran dye . Perwatakan yang menarik minat untuk kenal dye lebih mendalam . Status kakak aku masih SINGLE ! Sila mengorat dye yeeee =)

♥ Aku bersama AdikMira

Amira Afina . Adik aku yang paling bongsu . Seorang yang comel lagi cantik . Seorang yang manja . Seorang yang senget . Haha . =D . Hati keras macam batu ! =,=" . Seorang yang funny . Di kenali sebagai awek MSU dan juga Mira Ucuk =) . Status dirinya masih SINGLE ! Cepat lah seseorang hadir dalam hidupnya untuk buka pintu hatinya . heeeeee ~ =p

♥ Aku bersama Eda

Membe yang dulunya rapat dengan aku . Tapi sekarang pun rapat juga . Cuma dah jarang bersama . Sebab masing-II amek lain cos . =) . Seorang yang gila-II . Seorang yang kuat melatah . Huru hara dunia bila bersama dye neh . Haha . Apa pun dye buat orang tergelak dengan latahnya . ^^

♥ Akhir sekali , Bad si penyeri kami ♥

Badrul Nazrin si bodyguard kami anak beranak . =) . Penyeri kami berlima . ^^ . Mesti ada kemana saje kami pergi . Seorang yang gila-II . Seorang yang kelaka . Seorang yang handsome lagi comel . Happy bersama dye . =) . Status ? Tanya dye sendiri . Aku kurang pasti =)

♥ Akhir sekali , ini lah gamba kami ♥

  • Mereka semua penyeri hidup aku .
  • Mereka semua semangat aku .
  • Mereka kehidupan aku .
  • Mereka segalanya untuk aku .
  • Mereka di perlukan untuk aku teruskan kehidupan .
  • Akhir kata , they are "MY ALL STAR LIFE" ! ♥

# Sekian , lot's of love | Tya Athirah =)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

October 14, 2011

Allahyarham Muhammad Noor Iman , Dalam Kenangan

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

Harini taktahu nak buat apa . Tidur pun taklena . Ntah apa yang tengah fikirkan aku pun taktahu lahh . =,=" . Tiba tiba harini tergerak hati nak buat satu note . So , aku pun buat lah satu note yang panjangnya ntah berapa ntah spacenya . Nasib baik muat lah space note tuu kan . So , nak tahu note apa ? Okee jom baca neh . Saje nak share cerita lama . Rindu makin hari makin mendalam pada arwah boyfie tersayang . Hanya Tuhan yang tahu rasa hati neh . ='(

The note will start now ...

Saya ingat lagi , dulu masa dengan awak saya happy sangatsangat . Saya sayang awak ! Awak bagaikan darah yang mengalir dalam badan saya . Dulu , masa awak cakap awak mungkin takbole tengok dunia lama , saya selalu marah awak . Saya selalu cakap awak merepek ! Ajal maut di tangan Allah . Itulah yang selalu saya cakapkan . Tapi , saya taktahu yang awak cakap macam tu sebab awak memang dah tahu yang awak akan pergi . Maaf ! Bukan saya benci bila awak cakap awak takbole hidup lama . Tapi , sebab saya taksanggup hidup tanpa awak . Saya perlukan awak !

Dulu , saya macam dapat rasakan sesuatu . Hati saya kuat mengatakan , "DELETE SEMUA SMS IMAN ! JANGAN SIMPAN SEMUA MEMORY !" . Saya pening ! Jiwa saya jadi kacau bilau ! Dengan pantas saya mark semua SMS awak , ibu jari kanan saya laju jeh tekan butang delete tanpa fikir apa apa . Satu demi satu SMS awak di buang . Takterkira banyaknya SMS awak ! Bila selesai di buang , hati saya kuat mengarah "BUKA DAN DENGAR LAGU SAAT TERAKHIR BY ST12 BERULANG KALI !" . Tanpa fikir apa apa , lagu saat terakhir mula bermain si speaker phone saya berulang kali tanpa rasa jemu dan berbagai yang bermain dalam kotak fikiran saya . Lagu saat terakhir berkumandang dan terus berkumandang hinggalah mata saya mula layu . Akhirnya terpejamlah mata saya .

Note di sambung lagi .....

Keesokkan harinya , saya jalani exam SPM seperti biasa dengan harapan dapat menjawabnya dengan tenang dan berharap awak juga begitu . :) . Exam habis untuk hari itu . Saya takberapa ingat sebenarnya apa yang saya buat selepas itu . Tapi , petang saat di rumah saya takpun mengulang kaji pelajaran . Malah saya boleh bantai bergayut dengan awak . Hihi . Suara awak tenang jeh . Jadi hati saya pun senang . :) . Masa tu awak kata awak letih nak rehat . Saya faham dengan keadaan awak , saya benarkan awak rehat . Then saya boleh bantai online facebook . Haha . =p . Hope awak takmarah saya . Sebab dulu kita janji akan saling bagitahu bila nak online kan . Tapi , niat saya takbagitahu awak sebab saya taknak kacau masa rehat awak . So , saya rasa saya taksalah . ^_^

Tiba tiba tergerak hati nak buka wall awak . Saya nampak beberapa minit yang lalu status awak baru di update . Amboiii ! Kemain awak yee online takbagitahu saya ! Nakal awak nehh ! >,<" . Grr ! Niat hati lepas saya habis online saya nak SMS atau call awak marah marah . Tapi , tiba tiba num awak call saya . Aikss ! Macam tahu tahu jehh saya nak marah awak kan . Tapi call awak takpun saya jawab . Then saya hantaa SMS lebih kurang macam nehh "b , jangan call nanti baby call". Awak pun dah takcall . Tiba tiba masuk satu SMS dari num awak . Aikss ! Awak kata num awak takbole send SMS ? Grrr ! Awak tipu saya lagi laa nehhh . Huh ! =,=" . Tiba tiba hati saya yang sedang marah bertukar jadi sayu , sedih takterkata !

SMS yang masuk memang dari num awak . Tapi , malangnya bukan dari awak . SMS dari ibu . SMS yang tertulis "acik nak bagitahu Iman dah meninggal jam5.11PM tadi". Saya tengak jam . 5.45PM ! Baru ! Baru jehhh awak pergi tinggalkan saya . Baru jeh saya tengak awak update status awak *sebenarnya dah satu jam . And baru saya faham makna status terakhir awak "offline , masa untuk rehat . I miss you so much sayang ." Isi hati terakhir awak . Taksangka awak pergi tinggalkan saya . Baru saya faham kenapa malam tu hati saya kuat kata delete semua memory awak . Mungkin itu tandanya yang saya akan dapat berita tentang pemergian awak . ='( Allah taknak saya seksa awak bila saya menangis kalau saya baca balik semua SMS awak . Jadi , dengan hati yang terpaksa saya delete juga semua SMS awak .

Note diteruskan lagiii .......

Maafkan saya wak . Saya terpaksa . Bukan niat saya nak lupakan awak . TAK ! Walau macam mana pun saya tak kan pernah lupakan awak dan saya tak kan pernah berhenti sayang dan rindukan awak . Walaupun saya dah ada dye , tapi awak tetap yang utama . Awak tetap ada dalam hati saya . Dye fahamkan saya wak . :') . Semoga awak tenang di sisi Allah SWT . Semoga awak di tempatkan di kalangan orang orang beriman dan beramal soleh .

Allahyarham Muhammad Noor Iman , HANYA DALAM KENANGAN
29 Jun 1993 hingga 26 November 2010
Al-Fatihah

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

October 11, 2011

Sahabat Sahabat Yang Kecewa , Bersabar lahhh :)

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Blogger . :)


Sahabat sahabat dan rakan rakan seperjuangan ku , bersabar lah . Jangan mudah putus asa dan jangan mudah rasa kecewa . Ada yang lebih menyayangi kita dari boyfriend/girlfriend kita . :) . InsyaAllah . ^___^ . Jadi , kalau kecewa tu jangan laa buat perkara perkara yang tak baik okee ? Fikirkan diri sendiri and fikirkan tentang orang lain yang masih sayangkan kita . SHARE :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Cemburu Tandanya Sayang , Tapi Mestilah Berpada-pada :)

Views
Assalamualaikum , Selamat Sejahtera semuaa :)

Hari ni sambil sambil online pluss tengah bosan , terasa macam nak share sikit lah pasal CINTA . oink oink :) . Opsss ! Bukan Tya tengah bercinta okee ! Takkkk ! SINGLE is ME :) . Tapi , pernah juga bercinta kan . And entry neh mungkin ada kena mengena dengan diri sendiri . So , enjoy ! :)


Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Tip Cinta

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan .


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial