November 25, 2011

♥ 26NOVEMBER2010, 5:11PM ='( ♥

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Si Kacakss and Si Cantiks :)

First of all's maafkan aku sekiranya entry aku pada hari neh menyentuh perasaan mana mana belah pihak. Ini cuma luahan hati aku. Dan aku menyusun sepuluh jari kepada yang berkenaan dalam entry aku kali neh. Maafkan aku juga sekiranya aku terlanjur kata dalam entry neh.

Always In Memory

Allahyarham Muhammad Noor Iman
29Jun1993 until 26November2010
Jumaat, 5:11PM

AL-FATIHAH

Mungkin pada sesiapa yang selalu blogwalking kat sini tahu tentang kisah hidup aku sebelum neh. Bagi sesiapa yang belum tahu, jemput singgah di entry yang lepas lepas yee.
Okee, semua neh entry yang pernah aku post untuk arwah. Hope korang sudi click and baca keyy. *ini bukan cerita palsu

B, hari neh genap setahun B pergi tinggalkan baby. B tinggalkan ibu, adik, nenek and semua yang mengenali B. Kami semua merinduimu sayang. ='( Maafkan baby sebab sampai sekarang baby masih takdapat ziarah pusara B buat kali kedua. Bukan bermakna baby lupa kat B. Baby harap B faham yang kita berjauhan.

Sejak dua tiga harineh, mata baby selalu gerak gerak B, baby taktahu kenapa. Mungkin sebab baby kena hadapi untuk harineh setahun hidup tanpa B. B, baby tengah sakit now. Tangan kaki semua bengkak bengkak sebab main sukan tempoh hari kat kolej. :'( Mana B pergi nehh? Baby nak ngadu kesakitan baby nehh kat B. Cepatlah bangun B! Sampai hati B tidur sampai takhiraukan baby? ='( Sedarlah B! Baby perlukan B!

B, baby rindukan gelak tawa B yang dulu. Baby rindukan usikan manja B. Baby rindukan panggilan manja dari B. Baby rindukan segalanya pada B! Bangkitlahh sayang! Untuk baby dan untuk hubungan kita yang pernah terjalin sejak 2009 yang lalu. Dulu B selalu ada untuk baby. Dulu B selalu buat baby gembira. Tapi, now mana B? Kenapa B dah takbuat baby gembira lagi? Kenapa B buat baby sedih dan terus sedih mengalirkan air mata? Siapa nak ganti air mata baby? Siapa B? ='(Sampai hati B tipu baby? Dulu B kata B tak akan pergi tinggalkan baby? Dulu B kata B nak jaga baby? Tapi mana semua tuu B? Kenapa B tipu baby? Baby perlukan B! Kembalilah pada baby!!!! (T__T)

Setahun berlalu, baby masih takdapat melupakan segala kenangan pahit dan manis kita. Maafkan baby kerana selalu menyakiti B di sana. Baby betul betul rindukan B. Baby mohon sayang, datang lah berjumpa dengan baby walapun seketika. Baby rindukan senyuman manis B. :'( B, sebagaimana B sayang dan cintakan baby sehingga akhir nafas B, sebanyak itulah baby sayang dan cintakan B hingga nafas terakhir baby malah, baby mahukan lebih dari itu. Baby harap B tahu isi hati baby. Walau baby punya "WARNA WARNI" baru, baby tetap sayang, rindu dan cintakan B sepenuh hati baby! Dan itu tak akan pernah berubah sampai baby mati.

KAU hadir memberi seribu makna buat diriku,
KAU pergi meninggalkan sejuta kenangan manis untukku.
KAU ilhamku!
KAU segala-galanya untuk diriku.

AKU RINDU + SAYANG + CINTA KAMU
♥ Allahyarham Muhammad Noor Iman ♥

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

November 06, 2011

Takbir Bergema Tanda Aidiladha .

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Haii si cantik dan si handsome semua . :)

TAKBIR BERGEMA TANDA AIDILADHA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi Tya bersama korang semua menyambut bulan yang penuh mulia ni, iaitu bulan menunaikan Ibadah Haji dan Korban bagi semua Umat Islam. Walaupun masih tidak mampu untuk menunaikan Haji, tapi Tya masih rasa bersyukur kerana dapat melihat Umat Islam yang lain selamat pergi menunaikan Haji.

Sekarang cukuplah sekadar Tya ingin membantu emak ayah untuk menunaikan Haji dan Umrah. InsyaAllah, jika di panjangkan umur sampailah Tya di sana. Dahulukan emak dan ayah adalah lebih utama bagi diri seorang anak seperti Tya. InsyaAllah, jika di panjangkan usia dan di murahkan rezeki sampailah emak ayah Tya ke sana. InsyaAllah.

"Lembu menangis,
Kambing mengembek,
Unta melalak,
Takbir bergema dah malam hari,
Itu lah tanda RAYA HAJI dah nak menjelma.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)"

Dua tahun bersama arwah boyfie tersayang, tahun ni seperti Raya Aidilfitri Tya tidak dapat lagi menyambut Hari Raya Korban dengan arwah Iman. Tya tidak dapat ucapan istimewa darinya. Hanya ucapan tahun lepas yang menjadi kenangan buat Tya. Semoga arwah tenang di sisi Allah SWT.

Salam takziah juga Tya ucapkan kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga. Salam takziah Tya tujukan kepada rakan sekolej Tya, Badrul yang telah kehilangan ibundanya yang tercinta. Moga dia kuat menjalani ujian Allah ini. Dan salam takziah juga Tya ucapkan kepada jiran Tya atas pemergian ayahnya. Moga Allahyarham Pak cik Mohamed dan Allahyarhamah Mak Cik Siti Zubaidah di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial