May 18, 2013

Moga Selamat Pergi dan Selamat Pulang, Mak :')

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Entry pada harini, buat ibuku tercinta. Puan Hamidah yang bakal menjalankan Umrah pada 30May2013 ni. 

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Ya Allah, 
Engkau selamatkan ibuku sama ada sebelum, semasa dan selepas perjalanannya untuk menuju ke Tempat-Mu. 
Kurniakan kesihatan yang baik buat ibuku sepanjang keberadaannya disana dan jauh dari pandangan kami.


Ya Allah, Ya Tuhanku,
Tunai dan makbulkan segala permintaan dan doanya. 
Berikan dia kekuatan untuk menjalan ibadah wajibnya sepanjang dia di sana. 
Panjangkan umurnya.
Dan, jauhkan dia dari segala mata petaka.

Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar, makbulkan segala doa dan permintaanku ini. 
Sesunggunya, hanya pada-Mu aku memohon doa. 

Amin Ya Rabbal Alamin. 



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

May 15, 2013

Bertuahnya Dia. :)

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ~ :)

Haii all blogwalker ? Apa khabar ? Sihat ? Haa kalau sihat bagus lah. Kalau ta sihat, esok bangun pagi mandi makan semua lepatu pergi klinik yee. :) Oh ye, by the way SELAMAT MEMBACA dan MELUANGKAN MASA ke sini. Terima Kasih. Toche tocheee ~ :P

Entry malam ni bukan pasal si dia, bukan pasal Tya dan juga bukan pasal hubungan dengan si dia. In Shaa Allah no more sedih sedih. In Shaa Allah k. Bukan janji. :P

Okay, let's start the story. 

Entry malam ni pasal someone. Kalau ada sesiapa reader tetap blog ni, mesti pernah nampak kot Tya post pasal someone ni. Harini Tya nak post lagi. So, marilah membaca ye anak anak. :)

Ainaa Roseberry

Siapa tu ehh ? Haaa. Itulah blogger. Laa, kan pernah story pasal dia dulu ? Ta ingat keh ? Apaaaa ? Ta pernah baca ? Haa, siapa suruh ta baca. Padan muka. :P EH# K gurau ~ Siapa Aina ni ? Dia ni someone of my friendlist dari facebook. Masa mula mula kenal dia, Tya add dia dulu. Tengok tengok gambar dia, aww cantiknya dia. Then, main like like gambar dia semua. Hihi.

Lepastu Tya komen satu gambar dia ta silap. Then, dia pula ada komen satu gambar Tya. So, kat situ main kenal kenal. Bila dah kenal, dia ajar Tya cara blogging kot. Ntah lupa. Haha. Then, lama kelamaan jadi rapat. :) Wah ! Tya berkawan dengan seorang blogger yang cantik manis. Kau ado ? Haha. :P

Dia sebenarnya di kenali dengan nama Ena. So, Tya pun panggil dia Ena. Lagi pasal dia ? Haaa tanya dia sendiri lah. :P 

Sebab Tya update entry pasal dia ? Haaa. Ni lah nak bagitahu ni. Tya suka noo lah kan tengok gambar gambar dia. Even simple dress dia tapi dia nampak sesuai and cantik sangat. Ta tahu kenapa, kat mata Tya dia ni paling cantik even ada ramai lagi kot perempuan yang cantik kat mata korang. Tapi, bagi Tya dia sorang jeh kot yang cantik. Bukan apa. Or bukan nak puji or nak apalah kan. Tapi memang kenyataan lah. Kalau sesiapa yang tengok pun mungkin akan cair. Lagi lagi LELAKI. Haha. Tapi, maaf. Dia dah berpunya. :P

Okay, stop lah berceloteh. Puji panjang panjang kang kembang seinci pula cik akak ni. Hikhik :P Nah, tengoklah gambar dia. Dan, anda nilai sendiri betapa betulnya apa yang Tya katakan. ^_^ Oh ye, by the way, maafkan saya yee sebab curi gambar awak, Ena. :P



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial