Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Bumi berbentuk sfera yang sering berputar. Oleh sebab itu, terkadang manusia berada di atas, terkadang manusia ada dibawah. Yang sekarang berada diatas, jangan merasakan diri kalian itu bagus dan tak akan jatuh kebawah dan yang berada dibawah jangan merasakan diri kalian itu lemah kerana anda juga akan merasa diatas satu hari nanti kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Saksama.
Dunia. Dunia tak pernah kejam. Tuhan juga tak pernah kejam pada hamba-Nya. Tapi kita *manusia* sendiri yang tak pandai nak menghargai apa yang di kirimkan untuk kita.
Lepas apa yang jadi, kenapa perlu dikejar? Manusia bukan boleh dipaksa. Yang berlalu biarkan berlalu. Buat apa susah payah cuba gapai apa yang tak mungkin dapat? Tak perlu. K tak perlu dan buang masa ! Manusia ni kadang kadang ada yang baik, tersangatlah baik. Ada yang tak berhati perut, sangat sangat tak berhati perut. Ada yang pentingkan diri sendiri, sangat sangat pentingkan diri sampai lupa ada yang lebih memerlukan. Itulah manusia ~ Mudah leka dengan nikmat yang diberi. Adakah perlu jadi sebegini? Mungkin perlu dan mungkin juga tidak. Mungkin ada sebab tersendiri kenapa jadi sebegini. Atas pendapat masing masing. Terpulang.
SELFISH
Atau lebih dikenali sebagai "Jual Ikan" dalam bahasa aku. Lebih baik bukan daripada translate sebenarnya? Tidak? Oh okay terpulang. Sebenarnya kadang kadang perlu "jual ikan" ni. Tapi tengok pada cara orang nak menerimanya. Ntah lah. Bila fikir fikir balik, macam kadang kadang bila "jual ikan" ni rasa macam tak baik untuk kehidupan sekeliling. Tapi ada yang mengatakan lebih banyak faedah dari jadi hati orang lain. Others people opinion ~
Someone told me :
Tuhan hantarkan seseorang untuk kita bahagia.
Tuhan tarik mereka untuk pengajaran dan pengajaran itu bernilai.
Setiap yang berlaku ada hikmah dan setiap apa yang berlaku
adalah pengajaran.
adalah pengajaran.
POSITIF dalam apa juga keadaan.
Bersangka baik pada Tuhan, pada keluarga, pada orang sekeliling
dan diri sendiri.
dan diri sendiri.
Dugaan demi dugaan datang tanda Tuhan sayangkan kita walau
kita alpa.
kita alpa.
Seseorang yang tak pernah lepas dari menegur setiap kesilapan aku. Seseorang yang satu satunya berani menegur kesilapan aku. Yang jujur dan ikhlas dengan setiap percakapan dan tegurannya. Sejujurnya tak pernah ada sorang yang bergelar kawan pun berani menegur kesilapan aku tapi seseorang ni yang pertama menegur dan aku menerima ia dengan hati yang terbuka. Terima Kasih.
Sahabat yang baik mampu berada saat kita susah, saat kita senang, saat kita memerlukan, saat kita tidak memerlukan. Sahabat yang baik mampu nasihat menasihati dan tegur menegur. Dalam dunia yang cuma sementara kita dipinjamkan ni, bukan mudah untuk mencari atau mendapatkan sahabat sejati. Andai sudah memiliki hargailah persahabatan itu walau sakit manapun bila kita bersama sahabat. Kerana sahabat tiada nilainya.
-Sahabat tiada ganti.