Tanggal 23Julai2009 , hati aku telah berjaya di curi oleh insan yang di kenali sebagai Eiman . Alangkah bahagianya aku kerna ada yang sudi menyinari hari hari aku setelah sekian lama aku sunyi dan menyendiri . Hari demi hari , hati aku berasa sungguh tenang dan ceria selepas kehadirannya . ^^ .
Hari demi hari , minggu demi minggu , bulan demi bulan , kasih sayang antara kami makin menebal sehinggakan timbulnya perasaan cemburu , marah , kesal dan sebagainya apabila salah satu pihak tidak berlaku jujur . Dari situ , timbulnya perasaan sayang antara kami . Walaupun seringkali bertengkar , namun kesabaran yang ada dalam diri membuatkan hubungan kami kekal berpanjangan . ^^
Sehinggakan kami bercadang ingin sehidup semati bersama . aww ~ ^^ . Dan kami ingin memiliki kebahagian keluarga bersama apabila tiba masanya iaitu 29SEPTEMBER2019 . Itu lah tarikh yang di tetapkannya untuk melamar aku dan setelah tamat persekolahan kami telah berjanji untuk menyambung pelajarn di Universiti yang sama . Jika berlainan , janji kami "TIDAK AKAN CURANG" . Hari berlalu dengan pantas . Kami semakin bahagia walaupun ada pihak yang seringkali mencuba untuk merosakkan hubungan kami .
Tapi , takdir Allah ikatan kasih kami sangat kukuh ! Sejuta kali di cuba untuk pisahkan kami , kasih antara kami kian menebal . ^^ . Bersamanya hati aku tenang dan bersamanya aku merasakan kebahagiaan . Tapi , takdir Allah juga .. Kebahagiaan yang aku kecapi selama ini hanya sementara . Dia yang aku sayang , dia yang aku rindu dan dia yang aku cinta telah pergi menghadap ilahi sebelum aku . :'( . Setelah sekian lama dia menderita , kini aku lega . Dia tidak lagi perlu menahan sakitnya . Aku lega insan yang aku cintai tidak lagi merasa pahit akan sakitnya di dunia bahkan , dia bahagia di sana . Al-Fatihah ~
No comments:
Post a Comment