November 25, 2011

♥ 26NOVEMBER2010, 5:11PM ='( ♥

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Si Kacakss and Si Cantiks :)

First of all's maafkan aku sekiranya entry aku pada hari neh menyentuh perasaan mana mana belah pihak. Ini cuma luahan hati aku. Dan aku menyusun sepuluh jari kepada yang berkenaan dalam entry aku kali neh. Maafkan aku juga sekiranya aku terlanjur kata dalam entry neh.

Always In Memory

Allahyarham Muhammad Noor Iman
29Jun1993 until 26November2010
Jumaat, 5:11PM

AL-FATIHAH

Mungkin pada sesiapa yang selalu blogwalking kat sini tahu tentang kisah hidup aku sebelum neh. Bagi sesiapa yang belum tahu, jemput singgah di entry yang lepas lepas yee.
Okee, semua neh entry yang pernah aku post untuk arwah. Hope korang sudi click and baca keyy. *ini bukan cerita palsu

B, hari neh genap setahun B pergi tinggalkan baby. B tinggalkan ibu, adik, nenek and semua yang mengenali B. Kami semua merinduimu sayang. ='( Maafkan baby sebab sampai sekarang baby masih takdapat ziarah pusara B buat kali kedua. Bukan bermakna baby lupa kat B. Baby harap B faham yang kita berjauhan.

Sejak dua tiga harineh, mata baby selalu gerak gerak B, baby taktahu kenapa. Mungkin sebab baby kena hadapi untuk harineh setahun hidup tanpa B. B, baby tengah sakit now. Tangan kaki semua bengkak bengkak sebab main sukan tempoh hari kat kolej. :'( Mana B pergi nehh? Baby nak ngadu kesakitan baby nehh kat B. Cepatlah bangun B! Sampai hati B tidur sampai takhiraukan baby? ='( Sedarlah B! Baby perlukan B!

B, baby rindukan gelak tawa B yang dulu. Baby rindukan usikan manja B. Baby rindukan panggilan manja dari B. Baby rindukan segalanya pada B! Bangkitlahh sayang! Untuk baby dan untuk hubungan kita yang pernah terjalin sejak 2009 yang lalu. Dulu B selalu ada untuk baby. Dulu B selalu buat baby gembira. Tapi, now mana B? Kenapa B dah takbuat baby gembira lagi? Kenapa B buat baby sedih dan terus sedih mengalirkan air mata? Siapa nak ganti air mata baby? Siapa B? ='(Sampai hati B tipu baby? Dulu B kata B tak akan pergi tinggalkan baby? Dulu B kata B nak jaga baby? Tapi mana semua tuu B? Kenapa B tipu baby? Baby perlukan B! Kembalilah pada baby!!!! (T__T)

Setahun berlalu, baby masih takdapat melupakan segala kenangan pahit dan manis kita. Maafkan baby kerana selalu menyakiti B di sana. Baby betul betul rindukan B. Baby mohon sayang, datang lah berjumpa dengan baby walapun seketika. Baby rindukan senyuman manis B. :'( B, sebagaimana B sayang dan cintakan baby sehingga akhir nafas B, sebanyak itulah baby sayang dan cintakan B hingga nafas terakhir baby malah, baby mahukan lebih dari itu. Baby harap B tahu isi hati baby. Walau baby punya "WARNA WARNI" baru, baby tetap sayang, rindu dan cintakan B sepenuh hati baby! Dan itu tak akan pernah berubah sampai baby mati.

KAU hadir memberi seribu makna buat diriku,
KAU pergi meninggalkan sejuta kenangan manis untukku.
KAU ilhamku!
KAU segala-galanya untuk diriku.

AKU RINDU + SAYANG + CINTA KAMU
♥ Allahyarham Muhammad Noor Iman ♥

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

11 comments:

Hanis Nizam said...

Saya selalu datang blog awak untuk baca segala entry awak tentang arwah . Saya terharu dan kagum dengan awak sebab walaupun arwah dah takde , awak masih teruskan hidup dan masih setia menantinya . Semoga awak akan bertemu dia di syurga kelak . Cinta awak terhadap dia memang sejati . Saya pasti dia gembira melihat awak sentiasa ada untuk dia . Saya berharap awak tabah dan kuat untuk hadapi semua dugaan Allah ini . DIA memberi ujian untuk awak supaya awak lebih mengingati DIA . Pastinya awak sentiasa berdoa untuk kesejahteraan roh arwah . Saya sebagai perempuan , faham dengan perasaan awak . Sorry , kalau terlebih komen . Tapi secara jujur saya cakap , saya mendalami luahan hati awak dekat blog ni . Saya turut bersedih . Jangan risau , saya sudi datang ke blog awak untuk baca entry2 awak . Terima kasih :)

Senja Permai ♕ said...

dear , yg pergi tetap pergi .. kita yg hidup kene kuat kayh :) jgn sedeh2 sedekahkan alfatihah byk2 utk dy ..

♥ EYYALUFF belogspot ツ ♥ said...

HN : terima kasih dear. :)

NS : insyaAllah. thankss :)

Arikal Razali said...

Sabar , setiap yang pergi , ada hikmahnya . Allah lebih sayang kan dia

#btw , baca blog awak smbil background muzik macam tu buat airmata sya meleleh :'(

http://arikalrazali.blogspot.com/2011/11/post-47-fakta-vs-auta.html <-- Check out my new post !

♥ EYYALUFF belogspot ツ ♥ said...

AR : :) sorry

Unknown said...

sabar ye sayang.. awak sgt2 tabah, sayang.. al fatihah buat arwah...

♥ EYYALUFF belogspot ツ ♥ said...

ZE : thanks dear.

namasayakechik said...

eyra, byk2 sedekah al-fatihah k :)

♥ EYYALUFF belogspot ツ ♥ said...

kak anne : insyaAllah kak anne.

Yana Rosle said...

tya sayang..kuatkan semangat k..yana tau tya syg sgt kat arwah aiman..every time tya x pernah lekang sebut name dy even kat dlm kelas pun..yana tau tya seorang yg tabah..kalo yana kat tempat tya skrg..mgkn yana tak sekuat tya..mungkin satu hari nnt tya akan bertemu dgn seseorang yg mampu memberi kebahagiaan kepada tya mcm arwah bagi kat tya dulu..yana yakin arwah mesti nk tya happy selalu kan..
al-fatihah..semoga rohnya berada bersama org2 yg beriman

♥ EYYALUFF belogspot ツ ♥ said...

yana : thanks youu so muchh. insyaAllah tya punn harap mcm tuu. amin~