October 02, 2013

Birthday Surprise From Him ♡

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ~

Seperti yang kawan-kawan tahu *yang ta tahu tu ta mengapalah* tanggal 29September2013 yang lepas merupakan Ulang Tahun Kelahiran Tya yang ke-20 tahun. Jadi, masa hari kelahiran tu tentu banyak yang kita semua idamkan bukan ? Sama juga seperti Tya. Banyak yang Tya idamkan. Ada yang tercapai dan ada juga yang belum tercapai. 

Salah satu yang Tya idamkan yang menjadi realisasi pada hari ulang tahun Tya adalah, Tya teringin sangat nak dapat satu special wish dari Ex-Bf Tya yang dah jarang bertegur. Harapan Tya tinggi sangat k. 

Awal bulan September, iaitu 4 dan 5 September Tya bertolak keh Singapore under kolej. Sebelum Tya bertolak Ex ada inbox kat facebook tanya bila Tya pergi Singapore and bla bla. Tya pun jawab lah semua soalan dia tu. And pada Tya kami langsung tade gaduh or apa. Tup tup masa Tya dalam bas, dalam perjalanan nak menuju keh Singapore tu, Tya buka lah facebook guna phone. Tya tergerak hati nak baca balik inbox dengan Ex tiba tiba tengok kat inbox, facebook Ex dah jadi "Facebook User* tade lagi nama Ex. Terkejut juga Tya. Kenapa tiba tiba Ex block Tya kan. Sampai dua dua facebook pula tu. Tade angin tade ribut. Berderau darah mengalir dalam badan. Mula rasa ta sedap hati. 

Lepas beberapa hari Tya tanya kat Yana, bestie Tya kenapa agaknya "Wan" block Tya ek ? Atau dia deactive facebook ? And bestie Tya kata mungkin dia deactive.Punca dia deactive sebab mungkin dia nak jaga hati awek dia. Ya Allah, jantung dup dap dup dap jeh masa Yana kata macam tu. Ta sangka Wan dah berpunya. Perghh ! Sedih amat ! :'( Tapi itu cuma anggapan bestie Tya yang membuatkan Tya juga putus asa. Hmmmm 

Lama jugalah ex deactive facebook. Ada satu hari bestie Tya kata dia macam ternampak Wan update status walhal Tya langsung ta nampak. So, dalam pemikiran Tya mungkin Wan dah block Tya. Tapi apa puncanya pun Tya ta pasti. K sedih gila time tu tapi Tya tutup kesedihan and rasa kecewa yang membelenggu diri masa tu. Tya watlek watcool kata orang. Hihihi. :P

Kira dekat satu bulan jugalah Tya ta buat kerja kerja meng"stalk" facebook Wan. Twitter dia pun Tya ta dapat nak detect. Ya Allah, masa tu Tya cuba tanya pada-Nya jeh apa salah Tya sampai Wan tiba tiba hilangkan diri. Sedih pedih. Tya rindukan Wan. :'(

Hari makin lama makin pergi tinggalkan Tya. Makin lama makin hampir dengan hari ulang tahun kelahiran Tya. Tya terus tunggu and tunggu. Dalam masa menunggu tu Tya banyak masalah dengan kawan kawan. Ntah macam mana nak selesaikan Tya buntu. Jadi Tya beranikan diri ajak kawan face to face and so on. Lama kelamaan hubungan persahabatan tu makin akrab balik. Alhamdulillah. :')

Pejam celik pejam celik dah 28September2013. Tya dengan kawan kawan yang lain plan nak sambut birthday Qila. Punyalah kami plan plan nak buat surprise itu ini. At last, yeahhh kami berhasil ! Dan, MEREKA semua berhasil juga kenakan Tya. -,- Mereka semua plan dengan Tya and kawan kawan yang lain pung pang pung pang nak buat itu ini untuk surprisekan Qila at last, mereka surprisekan untuk Tya sekali memandangkan 29September2013 esoknya birthday Tya pula. Aiyoo. Serious Tya ta sangka sangat ! And sangat sangat terharu ! Habis kami di make up kan dengan kek and tepung. Yeahh ! Sangat ohsem ! :D Itu lah hari yang paling bahagia buat Tya untuk sambut birthday yang ke-20 tahun. :') Thankyou so much koranggg ~ :'* Masa tu kami kelua dari petang sampai keh malam. Lebih kurang jam 11.40 baru Tya sampai rumah. Kira time untuk masuk birthday Tya bakal tiba. 

Tuptuptup ~ Jam menunjukkan pukul 12 tepat. Okay handphone Tya masih sunyi sunyi dan sunyi. Tade sorang pun yang msg atau call Tya wish birthday. Sedih sangat. Lagi menyedihkan Tya tunggu wish dari Wan time tu tapi tade pun dia wish. Tya tgk wassap. Mula mula wassap dia last seen jam 11 lebih kot. Ta berapa ingat sangat. Then, tepat jam 12AM Tya tengok lagi wassap dia. Still ta berubah. Lama sikit Tya tengok lagi, wassap dia last seen 12.27AM. Mean dia ada online wassap dia tapi dia ta wish pun birthday Tya. Ya Allah mengalir air mata. :'( Then, tetiba phone Tya bunyi. Cepat cepat Tya tengok. Rupanya first wish dari kawan Tya kat JB. :') Kawan jauh yang sentiasa ingat hari kelahiran Tya. Terharu sangat. :')

Dalam tengah rehat rehatkan badan, tiba tiba handphone num celcom Tya berbunyi. Calling from baby bestie smacky pretty, Amira Afina. :) Myra orang kedua yang wish birthday Tya. Siap call lagi k. Hihi. Sweet sangat Myra. :) K, tunggu punya tunggu punya tunggu wish dari Wan, sampailah Tya tertidur. Mata pun dah layu. 

Pagi tu Tya dah janji dengan Qila and Yana nak sambut birthday dengan dorang. Lakosi kami keh Sunway Pyramid. Dalam masa nak ke Sunway tu banyak halangan yang Tya kena hadap. Qila lambat sampai. Yana pun lambat sampai. Hampir 40minit Tya tunggu Qila dekat Foodcourt Kl Sentral sorang diri. Sampai jeh Tya kat foodcourt Tya ternampak sorang laki duduk membelakangi Tya. Lelaki tu mirip sangat dengan Wan. Hati Tya kuat kata yang tu Wan. Mata Tya ta putus putus pandang dia walaupun hanya dari belakang. Sampaikan Qila sampai, Tya tanya kat Qila lelaki tu Wan atau bukan and Qila said bukan. Perghh ! Punah harapan ! :'(

Lepas lebih kurang 1jam lebih tunggu Yana, Yana pun sampai then tunggu kat tempat teksi. Sebelum Tya and Qila melangkah kaki ke Yana, Tya and Qila sempat pergi jenguk kat KFC kalau kalau Wan ada kat situ sebab janjinya yang dia akan ada masa birthday Tya. Tapi harapan tinggal harapan. Batang hidung Wan pun Tya ta nampak. Sedih sangat ~ Hmmm

Dalam teksi, kami cerita pasal kejadian semalamnya masa sambut birthday Qila. Cerita punya cerita then Yana tanya Tya, Tya nak siapa yang ada masa birthday Tya pada haritu. Mulut Tya laju jeh cakap yang Tya nak Wan yang ada. Yana sempat mengusik. Katanya Tya ta nak keh Haziq ada. Then, Tya langsung ta terfikir pasal Haziq. Yang Tya tahu Tya nak Wan ada. Dan sebenarnya Yana cuba untuk bagi hint kat Tya. Cuma Tya masih belum dapat tangkap. 

Sampai kat Sunway, Yana terus call kawan dia. Dia kata dia nak jumpa kawan dia. Then Tya and Qila buat keputusan nak makan kat mekdi. Yana pun ikutkan jeh kemahuan kami berdua. Dalam masa yang sama dia bertekak sikit dengan kawan dia sebab kawan dia kata nak makan dekat pizza. So, Yana pun ajak kami keh Pizza. Kami pun ikutkan ajee. Dalam perjalanan keh Pizza, sekali lagi Yana bagi hint kat Tya. Yana tanya dulu time kita bertiga makan pizza dengan Wan kat mana ehh? Spontan Tya jawab dekat Pavilion. Then Yana sempat mengusik. 

Sampai jeh kat Pizza, kami amek tempat. Ta lama lepas tu Yana tinggalkan kami sebab nak amek kawan dia. Tinggal Tya berdua dengan Qila. Yana suruh kami pesan pizza tapi ntah kenapa kami ta pesan. Haha. Tiba tiba datang sorang pekerja pizza tu bagitahu tempat yang kami duduk tu dah ada yang booked and dia arahkan kami untuk duduk di tempat lain. Tya and Qila pun dalam ke"blur"an masa tu. Jadi Tya and Qila pun ikut jeh mamat tu. Qila marah, sebab mamat tu yang pilihkan tempat untuk kami. Qila kata kenapa dia kena pilih biarlah kita pilih sendiri. Hahaha. Comel Qila marah. :P

K, agak lama juga lah Yana pergi amek kawan dia. Tuptup dia sampai. Tapi batang hidung kawan dia pun tade. Erkk ! Pelik betul lahh. Then, ta lama lepastu dia jawab call and dia bla dari situ. Bunyi macam dia nak pergi amek kawan dia balik. Okay. Tya dengan Qila sekali lagi berdua kat situ. Masih ta order pizza lagi. Sampai dua tiga orang pekerja pizza datang nak amek order. Tapi kami masih belum buat pilihan. Haha. 

Then, masa tengah duduk duduk and nak pilih pizza handphone Qila bunyi and ada orang call. Qila kata Yana call guna num kawan dia sebab phone dia habis bateri. K fine. Layankan ajeh Tya. Hehe. :P Qila kata, Yana pesan kat Tya suruh duduk belah luar. Erkkk ! Duduk belah dalam and luar pun jadi masalah. K kat situ Tya dah dapat tangkap yang Yana dengan Qila ada plan something untuk Tya. Cuma Tya masih ta dapat detect siapa yang bakal Yana bawa. 

K, Tya sempat update status kat moment wechat mengatakan yang Tya sedih sebab Wan langsung ta wish birthday Tya. Tuptup mata Tya ditutup dari belakang. Then Tya di beri dengar muzik birthday masa mata ditutup. Ooooo dalam fikiran Tya Yana yang tutup mata Tya. Okay Tya rasa punya rasa. Then tarik punya tarik, at last ! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Serious terkejut gilaaa ! :'( Orang yang Tya harapkan ada depan mata !!!! Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa happynya Tya. :') Jerit punya jerit, marah manja punya marah manja at last, jatuh berjujuran air mata Tya. (T_T) K, Tya dapat special gift dari Wan. Terharu sangattt ! :')

Tya dilayan bagaikan puteri budak budak. Hehe. Comel jeh Wan. ^_^ Dia ta pernah berubah walaupun lepas putus dengan dia Tya pernah ada hubungan dengan lelaki lain. Hmmm. Im sorry dear. 

K makan punya makan, then Wan ajak tengok movie. K, kami pun ikut jeh lah montot dia. Tengok movie cerita omputih. K memandangkan Tya ta berapa layan cerita omputih, Tya banyak leka and cuba untuk tidur tapi dihalang oleh Wan. Huuu sob sob ~ :( Lepas habis tengok movie Wan bawa kami pergi cafe. Masa dekat cafe Tya mula tanya itu ini. Marah marah pun sempat jugalah. Hehehe. :P Tya tanya Wan motif dia deactive facebook kenapa. Then, dia jawab kalau nak dapatkan hati seseorang kena plan dari awal. Ohh my ! Gugur jantung mak nokkkkkk ~ :P

K, ta perlu story panjang lagi maiii sini Tya share sikit jeh gamba. Hihihi. :P


Tya gelak sambil nanges. Bahahaha :P


Wan cuba untuk memujuk ~ Hikhok ~ XD






Seriously, You Made My Day Wonderful :') Ily.

Thanks alot too bestie bestie Tya, Yana and Qila yang sudi berkomplot dengan Wan untuk membuat kejutan pada hari ulang tahun kelahiran Tya. Serious Tya ta kan pernah lupa moment ni sampai bila bila. In Shaa Allah. :')

Taraaaaa, ni present yang Wan bagi. :)
~ Gelang Tangan 
~ Spiderman
~ Music Box
~ Jinggle Bell Rock

Thankyou so much, Dearest Prince Muhamad Hazwan bin Khamdari ♡ 
ILOVEYOU 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

4 comments:

Eina Sakinah said...

wah happynya :)
happy birthday dear :)

Unknown said...

Hee. Thankyou kak eina. :)

Unknown said...

alololo seronoknya dia.. beronok2.. hehe moga berkekalan ya dik.. akak doakan, akak syg kamu :)

Nadia Johari said...

oo gelang tu ke..hehehhe