August 25, 2011

Selamat Hari Raya Awak Awak :)

Views
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua warga blogger ! :)



Okee then , memandangkan hari nak dekat raya , jadi Tya nak ucapkan kepada anda semua warga blogger tidak kira lelaki mahupun perempuan ,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN .

Pesanan dari Tya buat semua warga blogger#just sebagai kawan :
#kepada sesiapa yang pulang ke kampung halaman , selamat pulang ke kampung
#hati hati semasa berada di jalan raya
#kepada yang memandu , pandulah dengan cermat , ingatlah orang tersayang :)
#sayangi diri sendiri sebelum sayangi diri orang lain

Tahun ni Tya beraya dekat kampung . Kampung dekat mana tu takperlu lah bagitahu yee . :) . So , korang semua beraya kat mana ? Berapa pasang baju raya ? Warna apa ? #cehh sebuk jee Tya . =p Okee lah tahun ni mungkin bukan tahun raya yang gembira untuk Tya . Kenapa ? Sebab tahun ni Tya tak lagi beraya dengan Arwah boyfie Tya . Tya takdapat lagi pakai baju raya sama dengan Arwah boyfie Tya macam tahun tahun yang lepas . Hurmm so sad ~ ='( . Tapi takpela , Arwah pun dah dekat sembilan bulan pergi tinggalkan dunia ni . Tya mesti kena kuat ! Tya mesti kena redha dengan takdir Allah kan ? ='( #insyaAllah Tya boleh ! Tya takboleh jadi lemah macam ni . Nanti Tya buat Arwah sedih . Nanti Tya buat ibu sedih . Okee maafkan Tya yee semua ~

Kepada semua warga blogger yang beragama Islam , Tya mohon agar kalian semua sudi sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah boyfie Tya iaitu , Allahyarham Muhammad Noor Iman .


#29Jun1993 to 26November2010
#Al-Fatihah , semoga rohnya di cucuri rahmat ='(

Dan taklupa juga buat mereka mereka semua yang telah kembali kerahmatullah , Al-Fatihah untuk roh roh mereka . Semoga mereka semua di tempatkan dengan golongan orang orang beriman . Semoga syurga menjadi tempat tinggal mereka . Semoga di kurangkan segala azab mereka . Amin amin ya robbalalamin ~

##Sekali lagi buat semua warga blogger , Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin . =)
##Paling penting , sediakan duit raya yang banyak untuk Tya yee ! Macehhh ~ :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial