July 30, 2013

Kenal Dulu Baru Terima ~

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera *lambai lambai*

Second entry for today guys. Maaflah k sebab nampak muka Tya jeh kat mana mana feed kome semua. Tetiba mood nak menekan, menaip, memikir, memicit dan sama waktu dengannya rajin pula malam ni. Jangan tanya kenapa ye. Tetiba jeh semua ni kot. Hukhuk ~

Second entry ni bole di katakan tips juga lah kot. Tapi satu jeh tipsnya. And tips ni berguna juga lah bukan macam entry sebelum ni tips merepek kerepek pisang jeh Tya bagi kan. Hihihi. Jangan mara aaa gurau jeh tuu. :P

K guys, terutama pada kaum hawa lah this entry. Sememangnya kaum hawa ni di lahirkan dengan hati dan perasaan yang lembut selembut tisu basah ryte ? Mudah sayang, cepat dan sering rindu, kepercayaan dan sebagainya terhadap kaum adam. Yee betul tu. Ta dapat dinafikan lagi. Semua perempuan sebegitu. Tapi, percayalah, sebenarnya kita mampu teruskan hidup kita tanpa mereka mereka yang tidak menghargai kita. Dan percayalah bahawa jodoh tu pasti ada. So, biarlah sekarang ni kita kecewa bagai nak rak InsyaAllah satu hari nanti kita lah orang yang paling bahagia. Amin. :)

Okay girls, tips ni satu jeh. Sangat shorty tips tapi sangatlah berguna untuk kita semua agar kita tidak lagi di tipu atau mengalirkan air mata kita untuk orang yang ta tahu menghargai kehadiran kita. 

"KENAL DULU BARU TERIMA"

Girls, faham ta maksud tajuk entry kali ni ? Kalau ta faham Tya explain okay. Firstly, Tya harap entry Tya kali ni tade lah salah or silap or apa apa jeh lah k. :) 

Untuk yang teristimewa si puteri puteri yang cantik lagi bijaksana, sebelum nak bercinta atau ingin berhubungan dengan seseorang terutamanya yang ingin dijadikan pasangan hidup dan pendamping perkara penting yang korang kena buat adalah Kenal Dulu Baru Terima. Yeah ! Korang kena kenal dulu dengan bakal atau pasangan korang sedalam dalam yang mungkin. Ingat ! Bila kita bercinta, kita mesti inginkan sesuatu yang berakhir dengan ijab kabul bukan ? Jadi, bila kita dah berangan angan nak di ijab kabulkan kita serta merta bercinta dan bakal berkahwin dengan satu ahli keluarga pasangan kita. Secara tidak langsung kita juga perlu mengenali seluruh ahli keluarga dan juga mungkin saudara mara terdekat. 

So, paling penting yang Tya nak tekankan kat sini sebelum kita nak terima seseorang tu dalam hidup kita buatlah keputusan yang bijak yee. Kebaikan untuk kita juga sebenarnya sebab bila kita ta mengenali seseorang dengan lebih rapat lama kelamaan sesuatu hubungan mungkin akan bole retak sebab lelaki zaman sekarang pandai bermain dengan kata kata. :) *Maaf* Kalau ta percaya, cubalah bercinta dengan orang yang baru sebulan dua kenal tengok dan lihat perubahan mereka setelah sebulan dua bercinta mesti akan nampak ketara. Tapi, kalau ada pasangan yang masih kekal baik hubungannya Alhamdulillah. :)

Sekian, tips Kenal Dulu Baru Terima. :) 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Tips, Sharing Caring Loving ~

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera *Lambai lambai tangan kaki* XD

Niat hati sebenarnya nak post entry ni sebelum waktu berbuka puasa tapi rasanya macam ta sempat sebab yang menaipnya pun macam kura kura plus idea yang mencurah curah nak update entry kali ni pun tetiba hilang sekelip mata. Jadinya, lepas berbuka juga lah baru dapat publish kot entry ni. Eh ! Tapi ta juga okay ! Kalau sempat habis update sebelum waktu berbuka Tya update tau tau tau. :) So, hopefully enjoy reading and semoga tips tips ni berguna. Hahaha. XD

Okay sebenarnya nak share atau lebih terang lagi bersuluh nak tanya pendapat lah sikit dan bole di katakan nak bagi kenyataan sikit kot. Tapi, nak kata nyata sangat tu idok lerr thatz why nak tanya pendapat juga. Mungkin kalau belah perempuan betul lah kot. Tapi yang belah lelaki tu sekadar apa yang Tya tahu and kira macam semasa juga lah k. Kalau salah mohon maaf yee semua kaum adam yang membaca. :) *bulan puasa ta baik marah marah ni kan. hihi :P*

Sooooooooo ~ Apaaa ? Haaaa ! Tunggu apa ni ? Nak baca lagi keh ? Laaaaaaaaaaaa ~ K k, let's start my new entry ! 

Bismillah ~ *lebih afdal bukan? hihi. :P*

Okay, macam ni lah yee anak anak sekalian. Pada pandangan Tya lah kan, perempuan dan lelaki ni banyak perbezaannya. *Lol ! Perbezaan ? Memang aaa ! Jantina pun lain. Apa sehhhh ayat ~* Eh ! Chilaxxx ! Relex brader relex sister ~ Bukan itu maksud Tya. Maksud Tya dalam setiap perhubungan ni, banyak sebenarnya perbezaan lelaki dengan perempuan. Antaranya ?

Pada Tya lah, dalam bercinta ni perempuan akan lebih utamakan lelaki yang dia sayang. Mungkin ta semua tapi mungkin juga semua. Perempuan kekadang sanggup lukakan hati kawan baik demi boyfriend mungkin. Ta gitu ? Opss ! Maaflah kalau salah. Tapi, almost like that maybe ? Cuba korang yang ada pasangan tu tanya kat kawan baik korang, ada ta dorang pernah terasa hati dengan korang kalau korang lebih kepada boyfriend even sikit pun ? Haaa kalau ada thatz mean Tya betul lah. Kalau tade, mungkin silap Tya. So, maafkan saya. :P Eh tapi for sure memang akan ada. 

Sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah k. Tapi, kaum hawa ni akan lebih semangat bila adanya orang yang dia sayang. Ta kira lah ada tu sama ada jauh atau dekat. Contohnya, walaupun tengah busy buat kerja sampai ta cukup satu tangan pun bila buah hati text atau call atau sebagainya perempuan sanggup dahulunya buah hatinya dulu dan tinggalkan kerja yang penting. *Ulang* KERJA YANG PENTING ! 

K, mungkin salah kalau tindakan sebegitu tapi apakan daya hati perempuan hanya perempuan yang tahu. Tapi kalau tanya Tya, Tya memang kebiasaannya macam tu. Cuma ta tahu kenapa Tya bersikap atau berperangai macam tu. Siapa bole tolong jawab ? Silakan jawab. Perempuan ni juga jenis yang suka banyak tanya bila dah sayangkan seseorang. Niat cuma satu jeh, ambil berat dan bukan niat untuk mengongkong yang tersayang. Dalam setiap perhubungan ni, bagi Tya perempuan mesti akan fikir sampai ke tahap "pelamin". Faham ta ? Okay let's me explain. Perempuan biasanya mudah murah dan sama waktu dengannya lah dengan satu perkataan ni iaitu "BERHARAP". Dalam erti kata lain, bila berpasangan perempuan mesti nak akhirnya zaman cintan cintun tu dengan satu hubungan yang sah. Ta gitu kaum hawa ? For me, kebanyakkan perempuan lebih serious dalam setiap perhubungan berbanding lelaki. Cop ! Bukan Tya nak kata semua lelaki ta serious okay ? Tapi, mungkin ada segelintir lah. Ta dinafikan perempuan juga ada yang ta serious dalam hubungan ni. 

Okay, nak di jadikan ceritanya pasal lelaki ni sebaliknya pula. Dalam setiap perhubungan lelaki lebih pentingkan kawan daripada teman wanita. Yee doppp ? Yeee kannn ? Sebab apa eh ? Cerr terangkan ? Eh ! Jangan salah faham, sebenarnya ada jeh lelaki yang lebih pentingkan teman wanita dari kawan tapi tu yang betul betul nak di buat permaisuri hidup kot. Eh yeke ? Haaa. Ntah lahh. Just pendapat Tya jeh. :P Sebenarnya ta bole keh kalau lelaki ni bersikap sama seperti perempuan ekk ? Just asking anybody can answer ? Thankyou. :)

Okay, kat sini Tya nak share tips sikit lah untuk kaum perempuan. 

1) Lelaki ta suka bila perempuan banyak tanya
*So, conclusionnya bila si buah hati tanya kita banyak soalan kita jawab jeh tanpa rasa jemu dengan syarat kita jangan tanya dia balik sebab bila tanya soalan yang sama setiap hari lelaki mudah bosan.*

2) Lelaki mudah rimas
*Kalau gini kita kaum hawa ni so ta payah lerr gedik manja sangat dengan lelaki. Kang ta pasal pasal kaki makan dia. :P*

3) Lelaki cepat bosan
*Oh ada tau lelaki yang cepat bosan. Bukan playboy tapi dia cepat bosan dengan teman wanita dia. So, dalam waktu waktu gini, kaum hawa anda dia nasihatkan pasang ramai sikit supaya anda kena tinggal dengan orang yang anda sayang, ada lagi orang lain kat belakang* hahahahahaha siapa berani buat lah. :P 

4) Lelaki kepala
*Haa, yang ni kenyataan betul sebenarnya. Tapi ada seteng lelaki yang suka kawal teman wanita. Contoh, dia suka sangat nak tahu semua pasal teman wanita dia, pergi mana, buat apa, dengan siapa and bla bla. Dalam erti kata lain, dia nak tahu semuanyalah tapi dengan syarat teman wanitanya ta bole mengharapkan benda yang sama. So, kat sini apa kita perlu buat wahai kaum hawa sekalian ?*

5) Lelaki pantang nampak perempuan cantik luaran tapi dalaman Waallahualam. 
*Lelaki ni pantang sikit nampak perempuan lawa ni. Mata mesti ta berkelip. Walaupun teman wanita kat sebelah. Eh ! Jangan salah. Kalau pandang jeh tape. Tapi kalau tahap melebih tu, kaum hawa get ready yeahhhh ~*

Okay ! Semua ni tips tips. Haaa, agak agak ada yang nak buat silakan. Hihihihi. XP Siapa perempuan yang berani buat num tiga tu gua cayaa sama luu ! Hahaha :P

Last but not least, untuk pengetahuan lelaki kaum perempuan ni sebenarnya manja dan perlukan perhatian. Itu saje. Dan untuk pengetahuan lelaki juga, perempuan treat you as her bestfriend not just a boyfriend. Maksudnya, susah senang suka duka and everything kalau bole perempuan lebih suka bersama yang tersayang sebagaimana perempuan bersama kawan baik. :)

Persoalan Tya untuk kaum adam, why not you all treat your girlfriend like your bestfriend ? 

K, Salam Ramadhan dan Selamat Berbuka ~ :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

July 26, 2013

Iftar Blogger at Tupai Tupai Shah Alam

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. *Lambai lambai tangan*

Fuhh ! Lega ! Selama bertahun tahun Tya ta berblogging *sebenarnya sebulan lebih jeh kot* sebab blogspot ada masalah *maybe* harini barulah Tya dapat update blog pasal iftar yang entah berapa lama entah dah lepas dengan para-para blogger *menganjing Aim sebab dalam video dia sebut para-para XD* yang hebat hebat belaka ni. Siapa ? Haaa, stay tuneeeeeee ~ 

Hello , Haii semua ? Maaflah yee sekarang Tya ganggu masa kalian yang tengah berfacebook, bertwitter, ber-IM-ing, bergame-ing dan sebagainya. Yelahkan, Tya baru ada peluang nak update blog ni selama ni blog Tya ta bole buka. *Huuu sedihhh* So, harap harap korang semua sudi lah baca update Tya yang dah bole di katakan lapok ni. Huaaa ~ :(

Okay, let's start the story......

Pada tanggal *ntah bila ekk* bila bila lah maaf terlupa. XD Tya di undang oleh kawan baik blogger Tya iaitu Ainaa Roseberry ke event buka puasa bersama sama blogger di Restaurant Tupai Tupai Shah Alam. Ohh, first of all, thankyou Ena sebab invite Tya yee. :) Okay, majlis tu berjalan dengan lancar. Ramai para blogger yang femes amos yang join antaranya ?? Haaaaaa. Mana bole bagitahuuu ~ :P Saba k saba. Satgi Tya bagitahu lah kat bawah nanti. Relex brader, relex sister ~ :)

Iftar malam tu sangat happening ! Siap ada oh media bagai yang datang yang di ketuai oleh Aim Dot Dot selaku MC pada majlis iftar itu. Aim yang lengkap berbaju melayu beserta sampin fuhhh nampak segak ! *amek hati jeh ni* Aim antara yang banyak cakap juga lah selain Ainaa AKA Ena si makcik potpet potpet tu. Tapi, so far okay lah si Aim ni. Even baru first time jumpa pun slumber dekk dia jeh tegur. K ahh tuu sporting kata kauuu ~ :)

Dey ! Kenapa Tya kenalkan si Aim jeh ? Haaa haaa. Haha. Tade lah. Si Aim ni sebagai MC kan so kenalkan dia dulu lah. Yang lain, akan bersambung ~

Okay, sila teruskan membaca yee anak anak. :)

Antara blogger blogger yang join pada Iftar malam tu selain Ainaa dan Aim, terdapat juga blogger blogger femes yang lain antaranya ialah Bro Framestone, Bro Fami, Farid Laham, Abang Ensem, Syukri Tahir, Mohd Rasul Abu Hanipah, Anwar Abdullah, Irwan Alessa, Yana Rosle, Puteri Insyirah, Nadia Johari, Ayue-Jer Rejaluddin, Sheila Salim, Nurshakira Abdul Halim, Nadia Johari, Deq Noor Shafawati, Eila Azzahra, Yuyu Zulaikha dan lain lain. *Maaf kalau ada yang ta termention, nama facebook belum dikenal pasti sangat*  Eh ! Maaflah sebenarnya nak letak nama lepastu gambar setiap sorang tapi memandangkan tade gambar setiap sorang and satu hal lagi sebab line slow nak died, so ta dapek ler letak gambar. Cuma bole letak nama facebook mereka jeh. So, kalau nak berkenalan dengan blogger blogger femes cun melecun dan handsome bergaya ni sila lah klik pada nama mereka ye. Tya dah siap link terus keh facebook mereka tu so tade lah korang korang semua susah nak cari nama dorang kat facebook. :) *terima kasih Tya. haha* 

Okay kalau nak kenalkan setiap satu persatu agaknya esok pun ta habis update ni. So, Tya kenalkan mana yang perlu jeh lah k. Kalau nak kenal yang selebihnya pi add facebook mereka naa. :) K sambung ~ Seterusnya, Tya perkenalkan pada korang ST salah sorang penganjur lelaki iftar pada masa ni ialah Syukri Tahir atau lebih di kenali sebagai ST. Dan pasangan penganjurnya ta lain ta bukan Ainaa Roseberry si potpet potpet tu lah yee. XD Haa, itu jeh lah kot yang perlu kenalkan pasal ST ni. Haha. Ta tahu nak terangkan apoo dah. :P *k maaf pakcik*

Dah lah ekkk ? Mesti dah bosan arnn arn arnn ? Haa tahuu. K maaf seribu kali maaf lah yee. Sebelum nak kelua dari blog Tya ni, mari lahhh cuci cuci mata sikit dengan gambar iftar kami pada haritu. Sikit jeh Tya nak share ta banyak pun. Hope tade lah korang bosan sangat. :) Okay let's seeee ! 

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ !


Haaa ni gamba kami perempuan time nak balik dah. 


Tya Kak Ayu and Kak Nadia


Ni time dah habis, nak balik. Sebelum tu shoot video sikit. 


Sebenarnya nak amek gambar perempuan perempuan jeh. Ntah macam mana mamat mamat tu bole terselit sekali. Haha XD


 Okay ni meja kami. Iaitu meja khas kaum hawa. Hihi. 


Bro, Kak Iera, Ena, Irwan, ST, Abang Ensem
Memang handsome handsome and cantik cantik depa semua ni. *ayat amek hati*


Kami tahu kami cute. *sila jeles*


Pasangan bahagia. Opssss ! XD


Amacam bro ? Ada baikkk kahh ? Haha. 
Gua ta tahu kenapa pipi gua naik gila gila. :(


Eh, ni nak bergambar dengan Kak Nadia jeh sebenarnya. Yang belakang tu tetiba selit. XD


Holaaa, kami comel kan kan ? Hahaha *k perasan*


Haaa, ni lah nama tempat kami beriftar tuu. Tupai Tupai. :)


Nampak ta Tya dengan Kak Nadia bergambar dengan siapa tu ? Haaa. Kau hadooo ? XD
Kak Yuyu kecik molek sporting habis ~ :)


Antara mereka mereka yang hadir pada iftar ini. 


Wuuu, macam ada sorang jeh perempuan dan ramai lelaki di situ kan. Hahaha :P


Sebenarnya nak bergambar dengan Eila jeh. Yang belakang tu sibuk pula. Ishh XD 


With Yana Rosle, my bestfriend ever. :)


Ta tahu kenapa mereka ni terlalu kejam sangat terhadap diriku yang kecik ini. :(


Bersama Bro dan Eila. 

 Ena Me and Eila.


The gadis gadis ayu lagi cun melecun :)


Ena with Kak Yuyu.
Shoot by me. Cantik kan ? Haha *perasan*


Two of my bestfriend. Yana and Ena. Love them ! :)

Okayy korang korang, terima kasih sebab sudi cuci cuci mata kat blog Tya harini. :) Harap harap tade yang membosankan korang lah yee. Lain hari Tya update lagi yee. :) Ohh yee ! Sebelum terlupa, kalau ada apa apa pertanyaan sila ajukan soalan pada kaunter bertanyaan ye. Hihi. Sekian. 

~ Assalamualaikum dan Selamat Beramal ~ 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

July 01, 2013

Bboy dan Bgirl ~ Bestfriends Ever ~

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ~

Di pagi yang mulia ini, dengan cuaca yang agak suam suam kuku sejuknya dapat kita bertemu lagi. Haha. Haii ? Selamat menjamu selera dengan entry terbaru dari Tya lagiii. :) Selamat membaca. Selamat mencuci mata dan selamat selamat selamat segalanya. :) 

Pagi yang bosan lagi ta tahu nak buat apa ni, Tya nak update sikit lah new entry pasal bestfriend Tya. Macam biasa, siapa yang belum tidur tu, kalau nak baca dipersilakan. Kalau ta nak baca pun, silakan angkat kaki dan blahh. :)

Okay, tentang pagi ni punya entry Tya nak bercerita sikit tentang kawan kawan baik Tya. See, tengok kat atas tu haa. Tuu haa, tajuk tuu. Bboy and Bgirl. Whatt ? Tya ada kawan dengan bboy and bgirl lah. Haa, korang ada ? Hihi. Jangan jelessssss ~ :P So, apa lagi blogwalker semua ? Jom lah kita terjah dan usha usha gamba yeeee ? Pada yang berkenan sila ajukan soalan pada kaunter pertanyaan ye. Terima Kasih. :P

Laiii laiii , ushaaa sikit gambaa laiii ~






Naaaaa, ni keseluruhan gamba kami. Kami kawan baik. Kami kawan rapat. Kami kawan bergurau senda. Kami kawan bergaduh dan kami kami kami dan kami. Tya, Qila, Yana, Jamal, Bad and Osman. Kami sekawan. :)



See ? Siapa minah ni ? Haaa, ni Qila. Tengok dia. Lending baik punyaa kat situ. Haha. Tapela, asalkan dia comel. ^_^ Budak ni, ta tentu mood dia. Kejap OK kejap KO. So, kena pandai tengok sikit lah bila masa mood dia okay, bila masa mood dia ta okay. Kalau ta pandai nak bezakan mood dia, better taya berkawan dengan dia lah. Ada cara tersendiri macam mana nak buat dia ta badmood yang Tya sendiri pun ta tahu macam mana. So, kalau nak tahu sila ajukan soalan pada kaunter pertanyaan. Terima Kasih. :)


Haaa, yang ni pula mak jemah. Budak gila lagi sewel yang suka sangat kacau life Tya. Buat Tya ta tenang. Haaa dia lahh. Rosliyana binti Rosle atau lebih dikenali sebagai Yana Rosle. Alaaa model yang letup letup tuu. Ta kan ta kenal pula kan ? Haaa. Yee dia lah nii. Sorang yang bongok. Suka sangat sakitkan hati Tya. Bukan apa, dia suka sangat mengacau Tya. Kadang rasa macam nak lepuk jeh budak montel sorang ni tapi sabakan ajeee. Perhati jeh perangai dia ni. Hahahaha. :P


Okay, yang ni lah yang di katakan bboy. Haaa mereka bertiga ni dancer okay ! Kau hadooo ? Tade kann. Shhh tade diam ! :P Okay first of all, yang baju hitam mata kero tu nama dia Jamal. Single lagi kot dia. Ntah. Haha. Macam biasa, ajukan soalan di kaunter pertanyaan yee. :P 

Manakala, cehh ! Haha. Ayat skema. :P Okay sambungg ~ Yang sebelah dia pula, baju coklat tu nama dia Osman. Opss ! Dia malay okay. Jangan salah anggap yee. :) Dia pun dancer juga. Not bad lah. Tapi jarang nak tengok dia dance kat kolej. Macam si Jamal and Badrul tu selalu lah juga Tya nampak dorang lompat sana lompat sini. 

Okay than, yang last sekali. Budak lelaki comel yang berlesum pipit yang berkemeja di depan sekali ni nama dia Badrul. Bad for short. Handsome kan ? Haaaa tahuu. Nak ngorat paaa ? Sila ajukan soalan di kaunter dulu ye. Macehh ~ :P 

So ? Ada apa apa lagi yang nak tahu pasal kami ? Rasanya tapayah dah kot. Selebihnya privacy kami lah k ? Kalau ada apa apa, sila lah ajukan soalan di kaunter pertanyaan. Kaunter pertanyaan kat mana ? Haaa, tuu dekat bawah belah kiri Tya. "Kaunter Shoutbox"

Sekian ~



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial