November 06, 2011

Takbir Bergema Tanda Aidiladha .

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Haii si cantik dan si handsome semua . :)

TAKBIR BERGEMA TANDA AIDILADHA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi Tya bersama korang semua menyambut bulan yang penuh mulia ni, iaitu bulan menunaikan Ibadah Haji dan Korban bagi semua Umat Islam. Walaupun masih tidak mampu untuk menunaikan Haji, tapi Tya masih rasa bersyukur kerana dapat melihat Umat Islam yang lain selamat pergi menunaikan Haji.

Sekarang cukuplah sekadar Tya ingin membantu emak ayah untuk menunaikan Haji dan Umrah. InsyaAllah, jika di panjangkan umur sampailah Tya di sana. Dahulukan emak dan ayah adalah lebih utama bagi diri seorang anak seperti Tya. InsyaAllah, jika di panjangkan usia dan di murahkan rezeki sampailah emak ayah Tya ke sana. InsyaAllah.

"Lembu menangis,
Kambing mengembek,
Unta melalak,
Takbir bergema dah malam hari,
Itu lah tanda RAYA HAJI dah nak menjelma.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)"

Dua tahun bersama arwah boyfie tersayang, tahun ni seperti Raya Aidilfitri Tya tidak dapat lagi menyambut Hari Raya Korban dengan arwah Iman. Tya tidak dapat ucapan istimewa darinya. Hanya ucapan tahun lepas yang menjadi kenangan buat Tya. Semoga arwah tenang di sisi Allah SWT.

Salam takziah juga Tya ucapkan kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga. Salam takziah Tya tujukan kepada rakan sekolej Tya, Badrul yang telah kehilangan ibundanya yang tercinta. Moga dia kuat menjalani ujian Allah ini. Dan salam takziah juga Tya ucapkan kepada jiran Tya atas pemergian ayahnya. Moga Allahyarham Pak cik Mohamed dan Allahyarhamah Mak Cik Siti Zubaidah di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial