January 26, 2011

SEBELUM PEMERGIAN AWAK ='(

Views

SEHARI SEBELUM PEMERGIAN AWAK , TANGGAL 25NOV2010

Kita calling calling kan sayang ? Kita texting texting and then calling calling lagi . Dalam jam 06:28:33PM macam tu kan sayang ? Dalam masa calling calling tu , tiba tiba calling kita terputus . Saya langsung tak dengar suara awak . Then , saya try call awak berkali kali tapi GAGAL ! Yang saya dengar hanya "SORRY THE NUMBER HAVE YOU DAIL IS NOT IN SERVICE" . Then , saya text awak untuk bagitahu yang sedemikian . Tapi GAGAL ! SMS saya gagal di hantar ! Report gagal di terima ! Apakah itu tanda yang saya harus terima berita buruk dari awak ?

MALAM SEBELUM PEMERGIAN AWAK , TANGGAL 25NOV2010

Saya text awak jam 10PM , nak bagitahu yang esoknya saya nak keluar dengan mak sebab nak aktifkan balik number celcom saya and saya kata saya rindu awak . Tapi , awak tak reply text saya . Tak apa . Saya paham awak sakit . ^^ . Malam sikit , saya tak dapat tidur sebab terlalu rindukan awak . Jadi , saya dengar lagu . Satu satunya lagu yang saya dengar berulang kali , lagu ST12-Saat Terakhir ! Kenapa tiba tiba hati saya tergerak nak dengar lagu tu berulang kali ? Adakah itu juga tanda yang saya rasakan awak akan tinggalkan saya ?

PETANG SEBELUM PEMERGIAN AWAK , TANGGAL 26NOV2010

Jam 12:45PM awak call saya sampai tiga kali tapi saya tak angkat sebab saya tengah makan kat ruang tamu . Phone saya dalam bilik . Then , jam 1:20PM saya call awak balik . Tapi , kali ni awak pula tak angkat call saya . Dalam dua kali saya call baru awak angkat . Okey ! Awak dah angkat ! Then , saya dengar awak jerit jerit . Awak cuba nak cakapkan sesuatu tapi ianya kabur ! Sebab awak berada dalam keadaan tenat yang teramat sangat . ='( . Saya tak dapat rasakan situasi awak lalu , awak saya marah . Saya kata awak degil sebab sakit sakit masih nak call saya . Maafkan saya sayang . Saya tak tahu yang awak akan pergi jauh . =( . Maafkan saya . Bukan niat saya marah awak tanpa sebab . Saya marah sebab saya risau and sayangkan awak . =( . Maafkan saya . Then , awak terus letak call kita . Saya pula terus SMS awak . Saya minta awak rehat kan sayang ? ^^ . Tapi , awak tak reply . Maybe awak tak larat . Okey ! Saya paham . Then , saya ada snap snap gambar . Niat hati nak MMS kat awak supaya awak tak lupakan saya . ^^ . Banyak saya snap untuk awak tau . ^^ .

PETANG SETELAH AWAK HEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR , TANGGAL 26NOV2010 , JAM 5:11PM

Saya dapat call dari number awak . Tapi , saya tak angkat . Saya cuma hantar SMS kata "biey jangan call lagi" . Then , number awak reply SMS saya . Terkejut saya bila tengok number awak yang balas SMS saya . Sebab , seingat saya awak kata phone awak tak boleh send SMS . Lagi mengejutkan saya ibu yang hantar SMS kat saya guna number awak . Ibu kata , "Acik nak bagitahu , iman dah meninggal jam5:11PM tadi" . Dengan rasa terkejut and badan ringan macam layang layang serta air mata bertakung di kelopak mata , saya terus call number awak . Saya tanya ibu inginkan kepastian ! Then , ibu cakap betul awak dah tak ada . Dengan phone belum di matikan , saya lari keluar dari bilik peluk mak sekuat hati sambil menangis dan saya bagitahu mak yang awak dah tak ada . Mak terkejut ! Saya menangis dan terus menangis . (T_T) . Seminggu saya tak ada selera nak jamah nasi langsung ! Saya buat keputusan nak ziarah pusara awak . Then , kata mak lepas SPM boleh ziarah . Akhirnya saya dapat tunaikan permintaan awak . Saya dapat ziarah pusara awak . Dan , hari ni genap dua bulan awak pergi tinggalkan family , saya , kawan kawan and dunia ni . Semoga awak di tempatkan dengan orang orang beriman dan beramal soleh . Semoga awak di rahmati dan di berkati Allah SWT . Semoga di terangkan dan di perluaskan liang lahadmu . Semoga awak jauh dari seksaan kubur dan azab api neraka . Semoga awak tenang dan bahagia di sisi-NYA . Sesungguhnya , daripadaNYA kita di jadikan dan kepadaNYA kita di kembalikan . *AL-FATIHAH and YASSIN . Amin Ya Rabbal Alamimn ..








Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

3 comments:

nenekk bella said...

tya .. sdeyh la bace . . banyak2 sabar eay . . :)

♥ Tya Mashem ♥ said...

nenek bella : i will dear ~ thankx . =)

Ƭʋαи Ƶʋнαғιʓα Adʏℓℓα said...

http://zizie-teo.blogspot.com/search?updated-max=2011-11-22T01:25:00-08:00&max-results=1