December 26, 2011

Setahun Sebulan ='(

Views
Assalamualikum dan Selamat Sejahtera kepada yang datang menjenguk. =') *terharuu kejap


Hari ni hari Isnin, bersamaan dengan....
26 Disember 2011


Tarikh apa neh? Erkk! Okey, hari neh genap SETAHUN and SEBULAN arwah Iman pergi tinggalkan aku. Selalu, setiap hari ada jeh handphone aku berbunyi. Setiap waktu subuh ada jeh yang gerakkan aku Solat Subuh. Setiap pagi ada jeh yang kejutkan aku bangun tidur. Tapi, sekarang semua tu dah takde lagi. Sunyi rasa hari hari aku lepas pemergian arwah.

Hurmm~ Dah setahun lebih pun arwah pergi tinggalkan dunia neh, tinggalkan keluarga, tinggalkan kawan-kawan dan tinggalkan aku. Aku rasa macam baru semalam aku bergembira, bergelak ketawa dengan arwah. Rasa macam semalam baru aku marah marah arwah bila arwah nakal. ='( Setahun sebulan berlalu, hanya sekali aku dapat jejakkan kaki ke pusara arwah. Ya Allah! Betapa jahatnya akuu. ='(

Kenapa lah kita di takdirkan berjauhan kan sayang? Kalau kita dekat, hari hari pun aku sanggup ziarah pusara kau. Hari hari pun aku sudi untuk siram pusara kau. ='( Kalau boleh, aku nak jadi peneman setia kau. Tapi, semua tu takmungkin terjadi kan sayang? Sebab sejak dari dulu lagi yang kita memang pasangan jauh. ='( Ya Allah! Pertemukanlah aku dengannya, Allahyarham Noor Iman. (T__T)


Ku rindu kasih sayangmu,
Kau pergi tinggalkan ku,
Masih adakah di hati ini,
Kau bilang ku mutiara hati.

Ku ingin berjumpa denganmu,
Iman telah menghadap ilahi,
Biarkanlah hanya dalam mimpi,
Tuk menghapus semua rinduku.

Ya Allah....
Berikanlah aku teman berhati mulia,
Sebagai ganti dia yang pergi,
Untuk membimbing mencucuri hidupku.


#Ya Allah, sekiranya telah tercatat bukan Iman jodoh ku. Kau pertemukan lah aku dengan insan yang berhati mulia sepertinya. Dan sekiranya Iman telah tercatat dia adalah jodoh ku, maka dengan itu tidak ada sesiapa pun yang boleh menggantikan tempatnya di hati ku. Melainkan dengan keredhaan-MU. Buka lah hati ku agar aku boleh menerima SI DIA seperti mana aku menerima arwah Iman seadaanya dulu. Amin~ ='(

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

Sharifah Syahirah said...

tya life must go on..u now have mohd dan.make him happy..i'm always read your story..wake up you can do it!!

♥ EYYALUFF belogspot ツ ♥ said...

thankss SS :)