Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera *lambai lambai*
Second entry for today guys. Maaflah k sebab nampak muka Tya jeh kat mana mana feed kome semua. Tetiba mood nak menekan, menaip, memikir, memicit dan sama waktu dengannya rajin pula malam ni. Jangan tanya kenapa ye. Tetiba jeh semua ni kot. Hukhuk ~
Second entry ni bole di katakan tips juga lah kot. Tapi satu jeh tipsnya. And tips ni berguna juga lah bukan macam entry sebelum ni tips merepek kerepek pisang jeh Tya bagi kan. Hihihi. Jangan mara aaa gurau jeh tuu. :P
K guys, terutama pada kaum hawa lah this entry. Sememangnya kaum hawa ni di lahirkan dengan hati dan perasaan yang lembut selembut tisu basah ryte ? Mudah sayang, cepat dan sering rindu, kepercayaan dan sebagainya terhadap kaum adam. Yee betul tu. Ta dapat dinafikan lagi. Semua perempuan sebegitu. Tapi, percayalah, sebenarnya kita mampu teruskan hidup kita tanpa mereka mereka yang tidak menghargai kita. Dan percayalah bahawa jodoh tu pasti ada. So, biarlah sekarang ni kita kecewa bagai nak rak InsyaAllah satu hari nanti kita lah orang yang paling bahagia. Amin. :)
Okay girls, tips ni satu jeh. Sangat shorty tips tapi sangatlah berguna untuk kita semua agar kita tidak lagi di tipu atau mengalirkan air mata kita untuk orang yang ta tahu menghargai kehadiran kita.
"KENAL DULU BARU TERIMA"
Girls, faham ta maksud tajuk entry kali ni ? Kalau ta faham Tya explain okay. Firstly, Tya harap entry Tya kali ni tade lah salah or silap or apa apa jeh lah k. :)
Untuk yang teristimewa si puteri puteri yang cantik lagi bijaksana, sebelum nak bercinta atau ingin berhubungan dengan seseorang terutamanya yang ingin dijadikan pasangan hidup dan pendamping perkara penting yang korang kena buat adalah Kenal Dulu Baru Terima. Yeah ! Korang kena kenal dulu dengan bakal atau pasangan korang sedalam dalam yang mungkin. Ingat ! Bila kita bercinta, kita mesti inginkan sesuatu yang berakhir dengan ijab kabul bukan ? Jadi, bila kita dah berangan angan nak di ijab kabulkan kita serta merta bercinta dan bakal berkahwin dengan satu ahli keluarga pasangan kita. Secara tidak langsung kita juga perlu mengenali seluruh ahli keluarga dan juga mungkin saudara mara terdekat.
So, paling penting yang Tya nak tekankan kat sini sebelum kita nak terima seseorang tu dalam hidup kita buatlah keputusan yang bijak yee. Kebaikan untuk kita juga sebenarnya sebab bila kita ta mengenali seseorang dengan lebih rapat lama kelamaan sesuatu hubungan mungkin akan bole retak sebab lelaki zaman sekarang pandai bermain dengan kata kata. :) *Maaf* Kalau ta percaya, cubalah bercinta dengan orang yang baru sebulan dua kenal tengok dan lihat perubahan mereka setelah sebulan dua bercinta mesti akan nampak ketara. Tapi, kalau ada pasangan yang masih kekal baik hubungannya Alhamdulillah. :)
Sekian, tips Kenal Dulu Baru Terima. :)
2 comments:
hahahhaa..memang pun..tapi macm tunang nad ade sebab mengapa dia berubah..so nad kenela paham
AKAK LAK .. TERIME DLU BRU KENAL . HEHEHE . ALHAMDULILLAH . BERKENALAN KAT MUKE BUKU JE :)
Post a Comment