September 16, 2013

Aku Rindu

Views
Assalamualaikum. Selamat Sejahtera ~

Walaupun dah beberapa bulan tak update blog ni tapi alhamdulillah masih ada yang sudi blogwalking. Terima Kasih semua. Terima Kasih, Ya Allah. :') 


Mula hari isnin dengan satu ucapan ringkas untuk semua warganegara Malaysia. 
Selamat Hari Malaysia ! Go Go ! Malaysia dihatiku ! 

SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA !
MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU !

Aku rindu. Rindu ? Aku rindukan semua yang pernah aku miliki. Aku rindukan dia dia dia dan dia. Aku rindukan semuanya yang sekarang semuanya makin menjauh dariku. Aku rindu gelak tawa. Aku rindu senyuman bersama. Aku rindu tangisan bersama. Aku rindukan kenangan bersama. Aku rindukan semua bersama. Hilang. Semuanya hilang begitu saja. Sekelip mata. Aku pelik melik pilik. Kenapa semuanya berlalu dengan pantas ? Dimanakah silap diri ini ? Lepas satu, satu yang pergi. Mana semuanya ? Mana semua yang dulu selalu ada bersama aku ? Mana semua yang dulunya ada beri aku semangat ? Hilang. Lagi? Semuanya sudah hilang. Ntah kemana hilangnya. Aku buntu. Nak dicari ? Tapi dimana? Andai saja aku tahu dimana dia berada, akan aku cari. Andai saja aku tahu apa puncanya, akan ku patah balik masa itu. Akan ku ubah sikapku yang membuatkan mereka semua pergi. 

Mengapa ? Mengapa semua ni jadi pada diri aku ? Adakah kerana aku tidak layak menerima semua kegembiraan didunia ? Adakah aku tidak layak menerima kebahagiaan didunia ? Atau mungkin aku memang dijadikan untuk itu ? Atau mungkin memang aku dijadikan hanya untuk berseorangan ? Mungkin kah itu ? Kenapa ? Kenapa mesti aku yang terima semua ini Ya Tuhanku ? Rintih hatiku sendiri. 

Berat sungguh ujian Tuhan. Bukan aku tak nak hadapi. Tapi aku tak kuat untuk menghadapinya seorang diri. Aku bukan seorang yang kuat. Aku bukan batu yang bila di campak tiada apa apa perubahan. Walhal, ada sesetengah batu jua akan pecah atau hancur berkecai apabila dibaling. Aku tak kuat. Aku lemah. Aku rindu. Ye aku sangat merindukan semuanya. 

Apakah semua ini dugaan buat aku insan lemah selemah iman ? Agar aku menjadi lebih kuat tabah sabar dan makin mendekatkan diri pada-Nya ? Ye. Terkadang aku alpa pada-Nya. Terkadang aku lupa pada pencipta ku. Terkadang aku leka dengan duniawi yang Dia berikan padaku. Aku berdosa. Aku lupakan-Nya. Saat aku bersedih berduka, Dia tempat aku mengadu. Dia yang memakbulkan segala permintaanku tapi aku masih alpa. Buruknya aku. Hinanya aku. Ya Allah, aku rindukan-Mu. 

Kerana-Mu mereka datang padaku. Kerana-Mu mereka bahagiakan aku. Kerana-Mu mereka bersamaku. Dan kerana-Mu jua mereka pergi tinggalkan aku. Ya Allah, saat aku sendirian Kau masih ada bersama aku. Saat aku berduka, Kau masih sudi mendengar segala luahanku. Ya Allah, saat aku memerlukan kau sentiasa hadir untukku. Saat aku tadah kedua belah tanganku memohon pada-Mu, Terima Kasih Ya Tuhan, Kau mendengar doa dan tangisanku.

Ya Tuhanku, 
Ambil aku. Jangan ambil mereka. Jangan biarkan mereka menangis setitik air matapun untukku. Biarkan aku saja yang merasa itu. Ambil aku, Ya Allah. Bahagiakan mereka. Aku bahagia melihat mereka bahagia. Siapa pun mereka. Mereka adalah mereka mereka yang aku sayang dan aku cintai kerana-Mu. 

Berikan aku sedikit kebahagiaan pada 29September yang bakal tiba, Ya Tuhan.


- Alhamdulillah, aku redha. :')


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

3 comments:

Nadia Johari said...

In Shaa Allah akan ade sinar kebahagian kepada adik

ejulz said...

smoga dipermudahkan segala urusan..

zulhilmi tempoyak said...

be strong.. :)