August 26, 2013

REVIEW : Berkenalan dengan Flora Kafe

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera *lambai lambai tangan*



Simple . Special . Satisfying
Own by, Mohd Nizam Bujang (Mel)

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Ni lah nama tempatnya.

Okay let's start the story. Opsss ! Choppp. Counting first !


1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Okay start ! 

Heyy all, first of all thankyou sebab sudi blogwalking kat blog Tya. Harini Tya nak update sikit mengenai satu tempat. Bole dikatakan Tya nak buat review pasal tempat ni lah. Untuk pengetahuan semua orang yang belum tahu lah. 

K all, nama tempat ni Flora Kafe seperti yang tertera dalam gambar kat atas tu. Nampak kan ? K, tempat ni AmpWalk, Jalan Ampang yang bole di katakan tade lah dekat dan tade lah jauh sangat dengan LRT Ampang. Tapi sedang sedang saje. :P 

Tujuan sebenarnya Tya buat review pasal kafe ni sebab semalam, tanggal 25/8/2013 bersamaan dengan hari Ahad, Tya dan rakan rakan blogger yang lain di undang oleh pihak oh media untuk menghadiri satu majlis untuk memperkenalkan satu produk terbaru yang paling ohhsemm gitu. So, pihak oh media melancarkan event semalam di Flora Kafe ni lah. 

Memang kali pertama Tya jejakkan kaki di Flora Kafe ni. Sampai sampai jeh depan Flora Kafe ni dalam kepala otak Tya dah fikir nama kafe ni Garden Life Style. Yelahh, sebab sebelum ni Tya ada juga pergi dekat Sunway Garden Lifestyle Cafe deko dia sama cantik macam Flora Kafe ni dengan gabungan bunga bungaan yang cantik. Sampai jeh Tya and kawan kawan blogger yang lain terus masuk dalam Flora Kafe ni and berjumpa dengan pekerja Flora Kafe bagitahu tentang kedatangan kami. Wahhh ! Bangga belia sebab dah di siapkan tempat yang khas untuk kami. Nak tengok gambar ? Jom Tya tunjuk sikit gambarnya. Nanti Tya cerita selanjutnya kat bawah ye. 


Taraaaaa. Ni dia gambarnya. Nampak kan betapa banyaknya bunga bungaan dekat Flora Kafe ni ? Hihihi. Romantik gituuuu kalau pergi berdating. ;)


Ni antara yang dapat dilihat dalam Flora Kafe ni.
Yang lelaki tu pembantu Mel mungkin. Ntah lah. Hihi. :P


Ni meja yang dah siap di deko untuk kami para blogger dan oh media yang di jemput hadir.
Siap dengan kelopak bunga yang banyak dan cantik beserta dengan lilin yang comel. Sangat ohsem !


Ni dia tema meja kami. Merah ! Sangat cantik dan sweet jeh.


Sekali lagi bunga bungaan yang dapat Tya tunjukkan. Cantik sangat !


Ini antara risalah yang owner (Mel) bagi dekat kami. Sekali dengan name card sekali k.
So, senang untuk berhubung dengan Mel kalau nak buat apa apa event.

And last, ni gamba yang penuh dengan hiasan bunga kat belah atas. 

Maaflah sebab Tya ta dapat snap gambar banyak banyak. Maklumlah, bila dah sampai dekat tempat yang cantik and jumpa pula dengan kawan kawan yang masuk kepala, so terlupa lah nak bergambar sana sini. Itu perkara biasa bukan? Hihihi. :P

Okay, nak cerita lagi ni pasal keistimewaan Flora Kafe ni. Sudi lagi ta nak baca ? Kalau sudi silakan. Sangat di alu alukan. Kalau ta sudi pun sila sila lah sudi sudikan. Hikhik :P 

Flora Kafe ni menghidangkan pakej makan yang ohhsem sangat ! Nak tahu apa ? Teruskan membaca yeee !

Pakej Makan Berhidang

  • Nasi Putih
  • Asam Pedas Johor-Ikan
  • Ayam Goreng Berempah
  • Daging Kicap
  • Sambal Udang
  • Sayur Kailan Ikan Masin
  • Minuman
Flora Kafe ni menghidangkan dengan tiga jenis hidangan yang menarik dan sedap. Antara hidangan yang ada Anggerik . Teratai . Kemboja 

Anggerik
*Maksima untuk 10 orang
RM400+

Teratai
*Maksima untuk 4 orang
RM200+

Kemboja
*Maksima untuk 2 orang
RM100+

Kami para blogger dan pihak oh media di hidangkan dengan hidangan Anggerik yang paling ohsem dengan hidangan Kari Kepala Ikan, Udang, Ayam Goreng Berempah dan lain lain. Sangat ohsem dan sedap ! Jom kita tengok gamba apa yang Tya dan cousin Tya makan. Walaupun makanan banyak tapi kami cuma makan sikit jeh sebab sebelum keh Flora Kafe ni kami sempat isi perut. Tapi apakan daya demi Flora Kafe yang sweet dan romantik ni kami habiskan juga makanan kami. Hikhik :P


Taraaaaaa dalam banyak banyak lauk yang dihidangkan ini jeh yang menjadi pilihan perut Tya yang sudah kekenyangan. :P Sorry Mel. ;)


Ni pula hidangan yang menarik perhatian cousin Tya Mira Rosli *click*

 
Perkenalkan ni lah Manager Flora Kafe. :)
Mohd Nizam Bujang (Mell)
0173024112

Mana tahu lepas baca review yang Tya buat ni korang semua rasa macam nak try buat event kat sini keh kan. So, bole lah korang contact terus num tel Mell k. Mell sedia membantu. :)


Lepas kami puas shooting video dan makan makan, kami di sediakan pencuci mulut katanya.
Pisang ! K sumpah sedap Tya ta tipu. Tya yang jenis ta makan benda pelik pelik ni, bila makan ni licin satu mangkuk k. 

Okay korang ! Sebelum Tya nak akhiri entry harini, Tya nak jelaskan sikit lah kat korang k pasal Flora Kafe ni. Flora Kafe ni bole kalau korang nak buat event macam sambut birthday keh, anniversary keh, atau nak berdating keh apa apa lah bole tau. Sebab korang senang sangat nak bercomunicated dengan owner dia sendiri. Layanan yang korang dapat dari owner pun sangat memuas hati. Owner dia sangat sporting dan peramah. So, kalau ada sesiapa yang berminat nak buat party keh apa keh bole lah cuba kat Flora Kafe ni. Ta jauh pun kan. :)

Okay, untuk maklumat lanjut korang bole pergi dekat sini :
Facebook Fanpage : Flora Kafe

Sekian. 



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

3 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum dik. bestnya buat review dan makan sini. akak pernah dah follow event kat sini. memang puas hati. hehehe

✿INA AINAA✿ said...

Untunglahhh dapat pergi.. jelesnyaaaa

Nadia Johari said...

memang tempatnyer best..cantik..