October 10, 2013

Event : Launch 'Antabax National Hygiene Month 2013'

Views
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Semalam berlangsung event P&G Home. Harini pula tanggal 9 Oktober 2013 berlangsungnya event 'Promosi Kesihatan Kebangsaan Ke-3' yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 8 - 10 Oktober 2013 bertempat di Royale Chulan Hotel Raja Chulan, 5 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur yang dihadiri oleh beberapa tetamu khas seperti YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan ramai lagi termasuk kami para bloogers dot com. Kikiki ~ :P



Majlis berlangsung dengan jayanya. Majlis seperti biasa dimulakan dengan pendaftaran media dan seterusnya ketibaan YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam iaitu Minister of Health Malaysia. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Mr. K. Manimaran yang merupakan President of Malaysian Health Promotion Association (MAHEO). *nak diceritakan semua tantatif dalam karangan ni agaknya sampai 3juta kot panjang entry ni nanti. hukhuk ~ k tipu* So, marilah kita sama sama merehatkan mata dari membaca entry yang panjang pada entry yang sangat pendek pada hari ini dengan melihat isi kadungan tantatifnya yeee. 



Programme

4.30pm   Media Registration
5.00pm   Arrival YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
               (Minister of Health Malaysia)
5.05pm   Welcome Speech
               (Mr. K. Manimaran, President of Malaysian Health Promotion Association (MAHEO)
5.10pm   Key Note Address
               (Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Director General of Health Malaysia)
5.20pm   Opening Speech
               (YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Minister of Health Malaysia)
5.40pm   Launch of The Health Invesment
               (By YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Mr Manumaran, Mr Kuek Bak Heng)
5.45pm   Multimedia Presentation
5.55pm   Performance on "Tepuk Amai-Amai" (Photo Op 2)
               Programme with ANTABAX- 2nd Multimedia
6.00pm   Booth Visit (Photo Op 3)
6.15pm   Media Q & A
6.30pm   Refreshment & Ends

Okay dah, ni lah tantatif event Antabax ni. Event ni agak formal lah. Tapi pakaian Tya agak tidak formal dengan berselipar jeh. Wakakaka. :P Sempoi gilaaaa Tya ! Hihi. Event ni bertujuan untuk promosi kesihatan sepertimana yang Tya dah nyatakan kat atas tadi kan. 



Naaaaa. Tudiaaaaa. 'Bulan Kebersihan Diri Malaysia'. Malaysia jeh okay. Bukan Malaysia tayah aa nak sibuk. Hikhok ~ Jommm ramai ramai kita jaga kebersihan diri dengan Antabax ! Yuhuuuuuuuuu ~

Lepas ucapan, ucapan lagi dan lagi dari orang yang berlainan. Gambarnya tade yee. Internet slow lah. Malas pula Tya nak upload. Lepas ucapan selesai tetamu yang hadir di jemput untuk menonton sedikit video tentang Antabax ni. 


 Lepas tengok video, tetamu yang hadir termasuk kami team blooggers dapat menyaksikan persembahan dari adik adik dari sekolah rendah mana ntah, Tya lupa pula nama sekolah depa. Hikhok. Persembahan kawan kawan Tya yang sangat menarik dan comel. Haha. Ohsem ! :P



Comel comel jeh budak budak ni kan. Tapi malangnya budak sekolah rendah lagi ni tau. Yang membuatkan malangnya lah kan kan. Hmmm. Budak budak ni lagi besau besau saiznya dari Tya yang dah 2tahun ni. Hikhok ~ :P *muda lagi*



Nah, maii tengok ni gambaq gambaq perasmian. Gambaq semua dari side tepi jahh. Maklumlah Tya bukan photog kan nak amek gambaq yang betul betul cun. Asalkan adooo jadilahh untuk update entry jeh pun kan. Mereka patut berbangga sebab gambaq mereka ada dalam memory card nikon Tya tau. Hihihi. :P



Nak bebel apa lagi ni woii ? Buntu dah pale hotaq Tya ni. -,- Rasanya sampai sini jeh lah kot kan ? Tak puas lagi ? Mai cuci mata dengan gambaq gambaq dari team bloogers dot com yang hadir pada event ni jeh lah yee. 





Budak dua orang ni memang suka membuli. So, tak heran sangat lah kan. K tape tape. 

Dan, akhir sekali maii lah tengok sikit jaaa gambaq Tya dengan maskod event ni. Alahai maskod dia comel sangat. Dia siap nari nari. Geram jeh Tya tengok. Nak jeh peluk peluk. Haha. 

Comel kan ? Hihihi tahu dahhhhh. 

Okay dahh. Tamatlah sampai sini. Ohh ye tak lupa juga. Ni event yang kedua untuk minggu ni Tya join yee. Tunggu next event hari ni (Khamis) *sebab dah pagi* In-Shaa-Allah ada lagi dua event yang Tya bakal hadirkan diri. Nantikan gambaq gambaq kami dari team blooggers dot com yeahhhh. Dan, jangan lupa nantikan entry Tyaaaaaaaaa ! Tataaaaaaa sekian ~

*Nota kaki, nanti Tya update pasal CellAds pula yeeee ~

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

6 comments:

Nizam Ijam said...

ni dak tarian tepuk amai2 kan..hahahhaa

AbgDude a.k.a Kai said...

wah comel maskod dia tu...
sian awk jadi mangsa bulian ye...
xpe nanti buli balik..

http://abgdude.com/blog/2013/10/09/makanminum-nasi-kukus-ayam-goreng-berempah

sohoque said...

hahahaha... nizam ijam sempat lg jeling kamera walaupun tgh berdoa.

Nadia Johari said...

wah untungla..p event..nak ikut gak..hehe..pakai tak antabax ni..hehe

Aina Ayunie said...

comel antabax punya maskot.. akak pun sama juga.. ihiii

Yan Ty said...

best nya dpt pi event2 ni erk... adeh awak memang kecil nyer la dik...